Asid
amino merupakan 'blok pembinaan' yang berfungsi sebagai asas kepada pembentukan
protein. Protein tidak boleh hadir tanpa gabungan asid-asid amino yang sesuai.
Untuk memahami kepentingan asid amino, anda mesti mengetahui keperluan protein
dalam kehidupan kita. Protein berperanan untuk membekal struktur kepada semua
organisma bernyawa. Setiap organisma tidak kira haiwan terbesar ataupun
mikroorganisma unisel adalah dibentuk daripada protein. Dalam apa jua bentuk
pun, protein tetap memainkan peranan penting dalam proses kimia untuk
membolehkan kita meneruskan kehidupan.
Bahan~bahan
protein berfungsi membina otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut
dan cecair badan (kecuali hempedu dan urin) dalam badan manusia. Protein adalah
penting untuk pertumbuhan tulang, pembentukan enzim, hormon dan gen. Selain
daripada air, protein merupakan penyumbang kedua banyak kepada berat badan
kita. 75% daripada berat pepejal badan adalah binaan protein dan bahan asid
amino. Inilah sebab kenapa memenuhi keperluan protein dalam badan kita adalah
sangat penting untuk membina badan yang sihat.
Kehadiran
asid-asid amino tertentu adalah wajib untuk membentuk protein yang lengkap.
Asid-asid amino mungkin diikat sehingga jumlah yang tidak terbatas untuk
membentuk lebih daripada 50,000 protein yang berbeza dan 20,000 enzim yang
diketahui. Oleh sebab setiap jenis protein terdiri daripada asid-asid amino
yang berbeza, setiap satu mempunyai ikatan yang spesifik untuk fungsi tertentu
dan tidak boleh saling bertukaran._Asid_amino mengandungi lebih kurang 16%
Nitrogen. Kandungan ini membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.
Sistem
saraf pusat tidak boleh berfungsi tanpa asid amino yang bertindak sebagai
'neurotransmitter' atau sebagai penanda kepada 'neurotransmitter'. Mereka
diperlukan untuk membolehkan otak menerima dan menghantar isyarat. Penghantaran
isyarat boleh berlaku kesalahan jika kesemua asid amino tidak hadir bersama.
Satu hidangan yang tinggi kandungan protein boleh meningkatkan kepekaan buat
sementara waktu.
Terdapat lebih kurang 29 jenis asid amino yang diketahui
dapat membentuk beratus-ratus jenis protein yang hadir dalam organisma
bernyawa. Dalam badan manusia, hati menghasilkan kira-kira 80% asid amino yang
kita perlukan. 20% lagi harus diperolehi daripada sumber luaran. Asid amino
yang perlu diperolehi daripada makanan dikenali sebagai Asid Amino Essential.
Asid Amino Essential yang memasuki badan melalui pemakanan adalah Arginine,
Histidine Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine,
Tryptophan dan Valine. Asid Amino Non-essential ialah asid amino yang boleh
dihasilkan oleh badan melalui sumber lain iaitu AIanine, Aspartic acid,
Asparagine, Glutamic acid, Glutamine, Glycine, Proline dan Serine.
Hampir
semua asid amino (kecuali Glycine) boleh wujud dalam 2 bentuk yang saling
bertentangan seperti imej pada cermin. Ini dikenali sebagai siri D- dan L-.
Oleh kerana asid amino dalam siri L- adalah sama dengan bentuk semula jadi
seperti asid amino yang dijumpai dalam tisu tumbuhan atau haiwan hidup, maka
mereka dianggap lebih sesuai untuk proses biokimia manusia. Semua asid amino
yang membentuk protein adalah jenis konfigurasi L-, kecuali Phenylaianine yang
juga boleh wujud sebagai DL-phenyialanine.
Penghimpunan
asid amino untuk membentuk protein atau pemecahan protein kepada asid amino
individu untuk kegunaan badan adalah proses yang berterusan. Apabila kita
memerlukan protein Enzim, badan akan menghasilkan lebih protein enzim.
Apabila.kita perlukan lebih banyak sel, badan menghasilkan lebih banyak protein
untuk membina sel
Protein yang berbeza akan dihasilkan mengikut keperluan
badan. Apabila badan kehabisan simpanan Asid Amino Essential, ia tidak berupaya
menghasilkan protein yang memerlukan asid amino tersebut. Kekurangan protein
boleh membawa kesan kepada pembentukan beberapa jenis penyakit.
Bagaimanakah kekurangan zat boleh
berlaku? Jikalau pemakanan adalah tidak seimbang iaitu tidak mengandungi
kandungan Asid Amine Essential yang mencukupi, penyakit fizikal akan terjadi.
Simptom lain akan wujud sekiranya individu mengalami masalah kekurangan zat
protein yang disebabkan oleh ketidak-keupayaan untuk mencernakan makanan dengan
sempurna. Untuk mengelakkan masalah tersebut, kita boleh mengamalkan tabiat
pemakaman yang seimbang atau mengambil makanan tambahan yang mengandungi Asid
Amino Essential.
Tambahan pula, asid amino juga membolehkan vitamin dan
mineral memainkan peranan mereka dengan baik. Walaupun vitamin dan mineral
diserap dan diasimilasikan dengan kerap, kedua-duanya tidak akan berkesan tanpa
kehadiran asid amino.
No comments:
Post a Comment