Laman ini ditubuh bagi tujuan mewujudkan masyarakat Indonesia mesra berkonsepsi wayang "Pay It Forward"
Tuesday, 30 April 2013
Thursday, 7 March 2013
Lebih Daripada 28,000 Kajian Klinikal Di Seluruh Dunia Telah Membuktikan Kebaikan HGH
Anti-penuaan
Satu kajian klinikal yang dilakukan
oleh Grace Wong MD dari Genetech Research and Development Center
telah menunjukkan HGH mampu menangani masalah oksidisasi dalam badan. Ia
merupakan senjata yang terunggul dalam menentang masalah penuaan. Menurut Dr.
Wong, peluang kemusnahan protein sel akan bertambah sejajar dengan peningkatan
umur. Aktiviti radikal bebas yang terlalu banyak kuantitinya merupakan sebab
utama kemusnahan sel. Wong berpendapat bahawa HGH sebenarnya mampu mengaktifkan
protease inhibitors dalam sel dengan mengelakkan dan melindungi sel daripada
serangan radikal bebas. HGH bukan hanya dapat melindungi sel daripada
kemusnahan yang dibawa oleh radikal bebas malah juga memainkan peranan untuk
memulih dan menggalakkan penumbuhan sel-sel baru dalam badan. Inilah sebabnya
kita dapat mengekalkan keremajaan dan melanjutkan usia dengan HGH.
Meningkatkan Tenaga dan Fungsi Otak
HGH bukan sahaja mampu menggiatkan
semula minda, malah ia juga berupaya mengubah kelakuan, paras rupa dan harapan
akibat pengaruh proses penuaan. HGH meningkatkan tahap tenaga, menggalak
peniduran yang nyenyak dan meningkatkan perasaan keceriaan kita. Dalam laporan
yang awal sekali, kumpulan Johannsson mendapati bahawa HGH sebenarnya dapat
mengubah tahap sesetengah alat pemancar neuro di dalam otak, meningkatkan tahap
B-endorphin yang juga disebut sebagai pelali otak dan mengurangkan tahap
dopamine yang dikaitkan dengan perasaan gelisah. Ini bersamaan dengan hasil
pemberian ubat anti tekanan.
Laporan-laporan yang lain turut memaparkan bahawa HGH mampu
mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan konsentrasi serta membina
keyakinan diri. HGH boleh mengembalikan ingatan dan mengimbangi emosi kita. Di
dalam kajian kekurangan HGH bagi orang dewasa. Pengkaji Beianda yang diketuai
oleh Dr. Jan Berend Deijiem, MD. mendapati bahawa kekurangan HGH boleh
menyebabkan seseorang mengalami kekurangan memori ikonik ( kebolehan untuk
memproses informasi ) , kemerosotan ingatan jangka pendek dan jangka panjang
serta skil tindak balas seperti kordinasi tangan dan mata. Perlu diketahui
bahawa kekurangan IGH-l mempunyai kaitan dengan kekurangan IQ dan tahap
pendidikan.
Membina Otot
Kajian perubatan telah membuktikan
bahawa tumbesaran hanya akan berlaku apabila HGH dirembeskan. HGH pasti dapat
meningkatkan kesan senaman dan pembinaan otot termasuk tenaga, kekuatan otot,
stamina dan kecergasan.
Dr. Danial Rudman telah menjalankan
kajian klinikai "double-blind” pada sekumpulan lelaki dewasa berumur di
antara 60 hingga 80 tahun dan hasil kajian ini telah dilaporkan di dalam Jurnal
Kesihatan New England, keluaran 5hb Julai, 1990. Ia melaporkan peningkatan otot
sebanyak 88% dalam masa 6 bulan secara purata.
Kajian yang telah dijalankan di
Hospital St. Thomas, London menunjukkan peningkatan otot yang
menakjubkan. Dr. L. Cass Terry, MD. mendapati bahawa HGH membawa perubahan yang
menakjubkan pada komposisi lemak dan bentuk badan beliau dalam masa kurang dari
dua bulan.
Mempertingkatkan Fungsi Seksuai .
Kekurangan daya seksualiti lelaki mempunyai kaitan langsung dengan
kekurangan tahap HGH di dalam badan. Tahap HGH dan.daya seksualiti mencapai
kemuncak semasa akil baligh dan kemudian menurun perlahan-lahan dan apabila
mencapai umur 80 tahun, 75% lelaki tidak mampu lagi melakukan hubungan kelamin.
Kajian Penuaan Lelaki di Massachusetts yang merangkumi kajian ke atas 1290
lelaki secara rawak mendapati ketidakmampuan di dalam hubungan kelamin
meningkat dari 5% pada umur 40 tahun kepada 15% pada umur 79 tahun, dengan 52%
lelaki yang lebih berumur mempunyai masalah mati pucuk. Di dalam analisis
klinikal pertama oleh Dr. L. Cass Terry dan Dr. Edmund Chein berkenaan kesan
perangsang HGH kepada 202 orang termasuk 172 lelaki ; tiga perempat daripada
mereka melaporkan peningkatan potensi seksual dan kekerapan di dalam melakukan
hubungan kelamin. 62% lelaki melaporkan bahawa mereka mampu melakukan hubungan
kelamin pada jangka masa yang lama. Oleh kerana hasil kajian mendapati bahawa
terapi HGH di dalam badan dapat meningkatkan keinginan dan fungsi seksual, maka
secara kesimpulan HGH memainkan peranan yang amat penting untuk kesihatan
seksual.
Erektil Disfungsi ( Mati Pucuk )
Nutrien seperti L-arginine sebagai salah
satu bahan nutraseutikai yang kuat telah ditemui. Ia bertindak apabila badan
menguraikannya dan menghasilkan gas ringkas iaitu Nitrik Oksida (NO). Gas ini
kekal untuk beberapa saat sahaja tetapi para saintis mendapati bahawa ia adalah
molekul individu yang kritikal di dalam badan. Hampir satu dekad yang lalu,
ramai pengkaji membuat banyak penemuan berkaitan dengan fungsi NO. Sebahagian
daripadanya menggalakkan perembesan HGH dan merangsang ereksi pada lelaki yang
mengalami masalah ereksi disfungsi. Ereksi semasa kebangkitan nafsu seksual
adalah hasil daripada reaksi rantaian kompleks biokimia. Sel endothelial dalam saluran darah zakar menambahkan penghasilan NO
daripada arginine. Ini akan mencetuskan aliran darah ke dalam ruang cekung pada
zakar. Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi tekanan ke atas zakar,
mengurangkan darah mengalir keluar dan memberi kesan ereksi. Kebanyakan kes
erektil disfungsi adalah dikaitkan dengan keadaan fizikal yang disebabkan oleh
ketidakupayaan mekanisme arginine / NO dalam saluran'darah pada zakar.
Mengurangkan Lemak Badan
Dan Mempertingkatkan Otot
HGH melakukan sesuatu yang tidak
mampu dilakukan oleh regimen pengurang berat badan lainnya : Ia menggembalikan
bentuk badan semasa muda, mencairkan lemak dan membina otot. Dalam banyak kes,
lemak dihapuskan serentak dengan perolehan awet muda. Kehilangan lemak yang
banyak tertumpu di kawasan abdomen yang selalunya dikaitkan dengan risiko
serangan jantung. Melalui kajian terkawal ke atas 24 orang dewasa yang
mengalami kekurangan HGH di Hospital St. Thomas, London mendapati : mereka yang
dirawat oleh terapi HGH tidak menunjukkan pengurangan berat badan. Sebaliknya
ia menunjukkan bahawa kadar lemak telah berkurangan sebanyak 12.5 paun dan
otot-otot telah meningkat sebanyak 12.1 paun secara purata. HGH merupakan
regimen pengawalan berat badan yang paling efektif. Di dalam kajian terkawal
lain yang dijalankan ke atas wanita yang gemuk, HGH mengakibatkan kehilangan
lemak di badan lebih dari 4.6 paun secara purata, terutamanya di sekitar
abdomen. Kebanyakan program diet akan mengakibatkan pengurangan otot bersama
lemak, akan tetapi dengan HGH, otot-otot meningkat pada kadar 6.6 paun. Dr.
David Clemmons telah menjalankan kajian terkawal di Universiti North Carolina,
Chapel Hill, beliau mendapati bahawa kombinasi rawatan HGH dan diet mampu
mempercepatkan proses pelangsingan badan sebanyak 25% jika dibandingkan dengan
program diet semata-mata. Dalam jangka masa 11 minggu, mereka yang telah
dirawat dengan HGH telah kehilangan 30 - 32 paun. Walaupun kehilangan ini
merangkumi lemak dan otot, bentuk badan mampu dikekalkan.
Meningkatkan Elastisiti
Dan Kulit Muka Yang Gebu
Terapi HGH ibarat pembedahan muka
yang terkandung di dalam botol, ia melicinkan kedut-kedut di muka, memberi
elastisiti, ketebalan, membentuk serta memberi keremajaan kepada kulit. " kata
Dr. Ronald Klatz, MD., Presiden Akademi Ubat-ubatan Anti-Penuaan Amerika di
dalam buku beliau berjudul "Grow Young With HGH 1998.
HGH membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan,
mengurangkan kedut dan meremajakan kembali kulit. Ini adalah kerana HGH
membantu mengekaikan kandungan kelembapan di dalam kulit dan merangsang
metabolisma - proses yang semakin lambat pada kulit yang berumur. Berdasarkan
penerangan yang diberikan oleh Dr. Roy Dittrnan, MD., seorang pakar di bidang
penuaan, jumlah HGH mempengaruhi keadaan kulit, mereka yang menjalani terapi
HGH mungkin tidak dapat merasai perubahan dalam jangka masa yang cepat dan
memerlukan lebih masa. Kesabaran adalah penting, HGH ialah hormon yang bijak
dan tangkas. Ia mempunyai kebolehan di dalam mengenal pasti keperluan badan dan
seterusnya tangkas berusaha memperbaikinya.
Mencegah Osteoporosis (
Kerapuhan Tulang)
Walaupun terapi HGH diberikan untuk
pembinaan tulang kanak-kanak yang mengalami kekurangan HGH. tetapi ujikaji ke
atas orang dewasa adalah berlainan. Dr. Daniel Rudman dalam kajiannya mendapati
bahawa terapi HGH selama 6 bulan mampu meningkatkan densiti tulang pinggang
sebanyak 1.6% bagi lelaki berumur lebih daripada 65 tahun tetapi tiada
peningkatan pada tulang tangan dan kaki. Beberapa kumpulan melaporkan
peningkatan kandungan mineral tulang.
Meningkatkan Densiti
Tulang
Baru-baru ini. saintis dari Sweden
yang diketuai oleh Dr. Gudmundur Johannson, MD. menjalankan kajian ke atas 44
orang lelaki dan Wanita berusia di antara 23 dan 66 tahun yang mengalami
kekurangan HGH. Selepas 2 tahun terapi HGH diberikan, mereka telah menunjukkan
peningkatan densiti tulang yang membentuk sambungan pinggang dan vertebrae di
bahagian bawah tulang belikat. Kajian juga menunjukkan peningkatan kalsium
yakni kalsium pengikat protein tulang yang juga dipanggil osteocalcin.
Peningkatan dua jenis kolagen yang penting di dalam pembentukan tulang juga
ditemui. Pengkaji-pengkaji membuat tanggapan bahawa ini telah mengurangkan
kejadian keretakan tulang dan memastikan ianya berada di paras normal.
Menguatkan Fungsi Jantung
Terapi HGH memperbaiki fungsi jantung dan melindungi seseorang
dari serangan jantung. Ia mengurangkan lemak badan terutama di kawasan abdomen
yang dikaitkan dengan kejadian serangan jantung. HGH juga memperbaiki tahap
kolesterol di dalam darah, meningkatkan HDL dan mengurangkan LDL serta
mengurangkan tekanan darah sebanyak 10% tanpa memberi kesan kepada tekanan
sistolik. Rawatan HGH telah memutarbalikkan keadaan ketidakupayaan jantung. Di
dalam kajian pada tahun 1996 yang dilaporkan di Jurnal Perubatan New Engiand,
HGH telah diberikan kepada 7 orang pesakit - 5 lelaki dan 2 wanita yang
mengalami sakit jantung. Ia mampu meningkatkan ketebalan dinding ventrikular sebelah
kiri, meningkatkan kebolehan jantung untuk mengepam darah,mengurangkan
keperluan oksigen jantung, meningkatkan kapasiti senaman dan kualiti kehidupan.
Meningkatkan Fungsi
Paru-paru
HGH dapat meningkatkan fungsi
paru-paru dengan peningkatan kebolehan seseorang di dalam melakukan senaman,
memaksimakan pengambilan oksigen serta ruang paru-paru dan pengepaman. Dr.
David Clemmons, ketua Endokrinologi di Universiti Perubatan North Carolina,
Chapel Hill mendapati bahawa pengambilan terapi HGH selama 3 minggu oleh
pesakit yang mengalami masalah paru-paru telah menghasilkan peningkatan
sebanyak 10 hingga 12 mm kuasa pernafasan secara purata. "Jika paru-paru
anda bermasalah seperti pesakit-pesakit ini, peningkatan dari 25mm kepada 38mm
banyak membantu." kata Dr. Clemmons yang mempercayai bahawa HGH merupakan
kaedah rawatan yang baik untuk penyakit emphysema ( kesukaran bernafas ) serta
masalah paru-paru yang lain.
Memperkukuhkan Sistem
Imunisasi
Pada tahun 1985, Dr. Keith
Kelley, MD., pakar immunologi dari Universiti Illinois telah membuktikan bahawa
HGH mampu membina semula kelenjar taimus (yang bertugas menghasilkan limfosit
untuk membina sistem imunisasi) yang telah mengecut pada tikus dewasa sehingga
memperolehi kembali bentuk semasa muda. Kajian Dr. Kelley telah disahkan oleh
saintis dari Israel yang menggunakan kaedah yang sama ke atas tikus-tikus lain
termasuk anjing di mana hasilnya adalah serupa. HGH meningkatkan aktiviti
imunisasi seperti penghasilan antibodi yakni peningkatan di dalam penghasilan
set-T dan interleukin 2, meningkatkan aktiviti limfosit dan sel-sel, merangsang
macrophage (sel-sel yang mampu menghapuskan radang tisu), meningkatkan
neutrophils (sejenis sel darah putih yang mampu menyerang bacteria) serta
meningkatkan penghasilan sel-sel darah merah.
Menyelaraskan
Paras Kolesterol
Pada
tahun 1997, kajian mendapati bahawa semakin tinggi paras hormon tumbesaran
manusia bagi orang dewasa yang normal, maka semakin tinggi paras kolesterol HDL
(kolesterol sihat). Kolesterol HDL adalah kolesterol baik yang dapat membuang
kolesterol LDL (tidak sihat) daripada dinding arteri dan membawanya ke hati
untuk dibuang daripada badan. HGH telah dibuku dapat menambahkan kolesterol HDL
dan merendahkan paras kolesterol LDL yang merbahaya. Oleh itu, risiko arteri
tersumbat dapat dikurangkan. Kajian terhadap penyakit jantung oleh Dr.
Bengtsson daripada University of Goteborg telah menunjukkan bahawa daripada 333
pesakit kekurangan hormon tumbesaran yang diuji, didapati bahawa paras
kolesterol mereka adalah normal. Namun begitu, apabila kolesterol dibahagikan
kepada LDL dan HDL, paras kolesterol menunjukkan perbezaan yang ketara. Pesakit
kekurangan hormon tumbesaran ini mempunyai paras kolesterol LDL yang sangat
tinggi dan paras kolesterol HDL yang sangat rendah. Bengtsson membuat
kesimpulan bahawa penggandaan penyakit kardiovaskular di kalangan kumpulan
pesakit tersebut adalah disebabkan oleh faktor paras kolesterol. Selepas 6
bulan terapi HGH dijalankan ke atas pesakit-pesakit, paras kolesterol LDL telah
menurun dan kolesterol HDL telah bertambah Keadaan ini memberikan kesan yang
dikehendaki.
HGH
Dan Diabetes
Terdapat kebimbangan bahawa
hormon tumbesaran .membawa kesan buruk kepada diabetes kerana HGH meninggikan
kandungan gula dalam darah. Hormon tumbesaran menggerakkan lemak badan, memecah
ikatan dan membebaskan asid lemak bebas ke dalam aliran darah. Asid-asid lemak
ini adalah molekul bertenaga yang boleh digunakan oleh organ-organ badan kita.
Apabila otot menggunakan asid lemak bebas sebagai sumber tenaga, mereka akan
kurang menggunakan gula. Oleh yang demikian, kesan insulin akan dilawan dan
kurang gula akan diekstrak daripada darah. Pada masa yang sama, hormon tumbesaran
akan meningkatkan pengeluaran glukosa daripada hati ke dalam darah. Kombinasi
kesan tersebut boleh menyebabkan peningkatan paras insulin dan kandungan gula
dalam darah.
Namun, masalah ini hanya timbul pada sebilangan orang yang
mengamalkan pemakaman yang tinggi kandungan gula serta kanji dan kurang
bersenam. Sebaliknya, kajian pada akhir-akhir ini mendapati bahawa HGH boleh
membantu memperbaiki keadaan diabetes. Dr. Ronald Klatz, pengarang buku 'Grow
Young With HGH 1998' telah menulis bahawa kajian yang sebelum ini yang
dilakukan oleh Dr. Rudman telah menunjukkan hormon tumbesaran menyebabkan
peningkatan tentangan terhadap tindakan insulin. Ini menyebabkan paras glukosa
darah meningkat dan bertentangan dengan keperluan pesakit diabetes. Dr.
Bengtsson menunjukkan perkara yang sama selepas rawatan terapi hormon
tumbesaran dilakukan selama 6 minggu sahaja. Namun, selepas 6 bulan, beliau
mendapati bahawa insulin kembali sensitif seperti sebelum rawatan dilakukan ke
atas pesakit tersebut. Dengan kata lain, hormon tumbesaran tidak meningkatkan
glukosa darah atau menyebabkan penyakit diabetes.
Menurut Bengtsson, kemungkinan
pemulihan komposisi badan selepas 6 bulan telah mengimbangi semua kesan negatif
hormon tumbesaran ke atas insulin. Katanya juga, "Terdapat indikasi bahawa
hormon tumbesaran mungkin dapat memperbaiki keadaan diabetes" Blackman
yang sedang menjalankan kajian ke ataa kesan hormon tumbesaran terhadap glukosa
darah di John-Hopkins berkata bahawa apabila seseorang warga tua mempunyai
paras hormon tumbesaran yang rendah-,mereka didapati mempunyai kandungan lemak
yang tinggi. Maka tindakan insulin yang rendah menyebabkan kandungan gula darah meningkat. Sekiranya penggantian
hormon diberikan secara berhati-hati dan bukannya dengan banyak, kandungan gula
darah akan menjadi normal secara perlahan-lahan.
Tuesday, 5 March 2013
Apa Pendapat Pakar-pakar Perubatan ?
1. Buku yang ditulis oleh Dr. Ronald
Kiatz berjudul " Grow Young with HGH 1998" menunjukkan arah
penggunaan HGH sebagai terapi anti penuaan. Sebagai Presiden Akademi
Anti-Penuaan di Amerika, Dr. Klatz, MD., percaya bahawa era " masyarakat
tanpa-penuaan " kini telah bermula. Beliau berkata " kajian berkenaan
HGH mengakhiri proses penuaaan dan melahirkan masyarakat tanpa-penuaan- -"
Melalui kajian saintiñk, beliau juga menyenaraikan'-bahan-bahan yang terbukti
mampu merangsangkan penghasilan HGH. Bahan-bahan yang terpenting ialah: Arginine,
Ornithine, Lysine dan Glutamine. “Dengan menambah bahan-bahan tersebut, anda
akan memperolehi tenaga, kesihatan, seri wajah dan seksualiti. Buat pertama
kalinya dalam sejarah, kita mampu melakukan perubahan pada proses penuaan,
mengembalikan alam remaja, mencegah penyakit serta meningkatkan kualiti
kehidupan. Faktor keremajaan terletak di dalam diri kita. Apa yang kita perlu
lakukan ialah merangsangkan penghasilannya. "
2. Dr. Earl Mindell,
pengarang buku "Vitamin Bible menyatakan dengan penambahan khasiat asid
amino dan vitamin-vitamin yang merangsang penghasilan HGH, keremajaan akan
dapat terhasil. Ornithine dan Arginine boleh membantu anda dalam melangsing dan
membentuk badan ketika anda tidur."
3. Dr. Daniel Rudman, MD.
di dalam Jurnal Kesihatan New England menyatakan "kesan penggunaan HGH
selama 6 bulan pada tubuh dan tisu badan adalah bersamaan dengan perubahan
selama 10 hingga 20 tahun akibat penuaan."
4. Dr.
George Merriam dari Universiti Washington
di Institusi Pengajian Penuaan Nasional Seattle menyatakan "tiada satu
bukti yang menyatakan bahawa perangsang Hormon Tumbesaran akan membawa kesan
sampingan jangka panjang, malah ia langsung tidak mempunyai kesan
sampingan."
5. Bahagian Ubat-ubatan - Pusat
Perubatan VA. di Pusat Perubatan Universiti Stanford membuat kesimpulan :
Terapi perangsang HGH ( Hormon Tumbesaran ) atau IGF-I mampu memutarbalikkan (
atau mencegah ) perubahan badan akibat penuaan ( kajian terapi HGH bagi Orang
yang berusia - Mac 1992 ) .
6. Dr.
Jorgensen dan Dr. Christian dari Corpenhagen,
Denmark
menyatakan di dalam Jurnal Endokrinologi Eropah, 1994 ”terapi perangsang HGH
telah menunjukkan kesan positif di dalam menormalkan fungsi renal dan jantung,
metabolisma hormon tiroid, metabolisma tulang, pengeluaran peluh, metabolisma
tenaga dan kesihatan psikologikal keseluruhannya”
7. Dr.
Ramias, Shamos dan Schiller dari Pusat Perubatan Hospital St. Joseph di
Phoenix, Arizona mendapati bahawa HGH adalah agen anabolik yang mujarab
"pengambilan harian HGH di dalam minggu pertama selepas trauma mampu
meningkatkan status metabolik, yang mengurangkan kesakitan dan mendorong
penyembuhan sehingga pesakit dibenarkan keluar awal dari hospital. " (
Jurnal Pembedahan. Vol 111, 495-502, Mei 1992 ).
8. Dr.
Jake Powrie, MD. dan Dr. Andrew Weissberger dari Hospital St. Thomas, London, England
: "Semua dewasa yang mempunyai masalah kekurangan HGH seharusnya
digalakkan menjalani terapi perangsang penghasilan hormon tersebut."
9.
Ramai pakar perubatan yang memberi rawatan GH kepada pesakit melaporkan bahawa
perubahan keupayaan seksual di antara pesakit lelaki dan perempuan amat ketara.
Kesemuanya dilaporkan telah meningkat keupayaan seksual mereka, sementara
pesakit lelaki pula mengatakan' bahawa mereka mempunyai tahap ketegangan yang
lama, prestasi seksual yang lebih baik, jangka masa hubungan seksual yang lebih
lama dan dapat mengembalikan tenaga dalam waktu yang singkat. ( Grow Young With
HGH m/s.127 oleh Dr. Ronald Klatz, MD. )
10.
David Clemmons, ketua bahagian Endocrinology di Universiti North Carolina
School of Medicine di Chapel Hill mempercayai bahawa HGH merupakan rawatan
terbaik untuk pesakit emphysema dan penyakit yang berkenaan pulmonari.
11. Dr. Julian Whitaker
dari Newport Beach, California sendiri telah mengambilHGH dan
juga memberi rawatan HGH kepada pesakitnya. Beliau berkata " saya tidak
pernah menemui sebarang makanan suplemen yang berkesan seperti HGH
suplemen," Beliau juga berpendapat bahawa HGH mempunyai kesan terunggul
dalam menangani penyakit yang melibatkan kelemahan otot seperti stroke,
penyakit yang berkaitan dengan pulmonari dan penyakit AIDS.
12. Grace Wong, M.D. dari
Genetech Research and Development Centre mengatakan bahawa peluang kemusnahan
protein sel akan bertambah sejajar dengan peningkatan umur. Aktiviti radikal
bebas yang terlalu banyak kuantitinya merupakan faktor utama kemusnahan sel.
Wong berpendapat bahawa HGH sebenarnya mampu mengaktifkan "protease
inhibitors" dalam sel dengan mengelakkan dan melindungi sel daripada
serangan radikal bebas. HGH bukan hanya saja dapat melindungi sel daripada
kemusnahan yang dibawa oleh radikal bebas malah juga memainkan peranan memulih
dan menggalakkan penumbuhan sel-sel baru dalam badan.
13. Dari 1994 sehingga
1996, Dr. Edmund Chein telah memberi rawatan HGH kepada lebih daripada 800
orang. Keputusan rawatan telah direkod dalam buku Dr. Ronald Klatz "Grow
Young With HGH". Keputusan Dr. Chien berjaya membukti kepada para pakar
saintis dan orang awam tentang keberkesanan dan keselamatan pengambilan HGH
dalam menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan orang dewasa
14. Dr. Thierry Hertaghe
dan Vince Giampapa melaporkan bahawa kajian Eropah yang terkini menunjukkan
bahawa keupayaan HGH dalam melambatkan proses penuaan, mencegah dan
memutarbalikkan penuaan sel-sel badan adalah jauh lebih berkesan berbanding
dengan suplemen anti-oksida yang sedia ada kini.
15. Dr. Eve Van Cauter,
pengkaji HGH dari Universiti
Chicago Medical
Center berkata: “Rawatan
HGH seringkali dituju kepada orang tua yang berumur lebih daripada 65 tahun.
Namun rekod menunjukkan umur pesakit yang sekian lama dianggap "orang
tua" menjadi semakin muda. Di antara mereka terdapat pesakit yang berumur
40 tahun. Saya berpendapat bahawa kita mungkin perlu mempertimbangkan keperluan
memberi rawatan HGH pada peringkat awai iaitu sementara badan masih mampu
menghasilkan HGH dan bukannya menunggu sehingga tahap HGH yang sedikit baru
mencari jalan penyelesaian.
16. Dr. Lawrence Dorman,
ahli Persatuan Anti-Penuaan Amerika berkata :"HGH menghentikan proses
penuaan dalam badan dan mampu memutarbalikkan masalah penuaan seperti kedutan
kulit, pengumpulan lemak dalam badan, pengecutan otot, peningkatan kolestrol,
kekurangan tenaga dan keupayaan seksual, masalah mental, penyakit yang
berkaitan dengan sistem saraf seperti penyakit Parkinson's. IGF-l atau HGH
merupakan bahan yang ajaib. Ia adalah selamat digunakan dan tidak membawa
sebarang kesan sampingan.
Monday, 4 March 2013
Mesej Yang Perlu Anda Sedari
Para pakar
anti-penuaan telah memberitahu kita bahawa penuaan merupakan sejenis penyakit dan
penyakit ini telah diberi nama - Sindrom Kekurangan Hormon Tumbesaran Manusia.
Penuaan bukan lagi proses semula jadi tetapi boleh dicegah dan disembuhkan
walaupun aktiviti perembesan hormon tumbesaran menurun; peningkatan
somatostatin, atau reseptor kurang bertindak terhadap hormon tumbesaran. Tetapi
kesemua ini boleh diatasi dengan pengambilan penggalak rembesan HGH untuk
merangsangkan penghasilan HGH di dalam badan anda.
Terapi hormon tumbesaran manusia bukan
sahaja berkesan untuk golongan yang mengalami masalah kekurangan hormon.
Seperti kata Dr. Rudman dan rakan sekerja dalam kertas kerjanya, "pada
pertengahan dan akhir tahap kedewasaan, setiap orang mengalami satu siri
perubahan progresif daIam penguraian badan," termasuklah kehilangan jisirn
otot badan, penambahan tisu lemak, kemerosotan otot rangka, hati, buah
pinggang, limpa, kulit dan tulang. "Perubahan struktur tersebut dianggap
sebagai kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan." Menurut mereka
"'Pengurangan hormon tumbesaran semasa akhir kedewasaan menyumbang kepada
pertukaran-pertukaran yang dinyatakan di atas.”
Dengan kata
lain, kesemuanya dikaitkan dengan penuaan - dari umur pertengahan bertukar
kepada masalah pengecutan, bongkok, lemah dan badan terketar-ketar -mungkin
disebabkan secara langsung atau sebahagian daripada kesan pengurangan hormon
tumbesaran.
Anda tidak perlu Iagi menunggu sehingga
mencapai umur tua untuk menikmati kebaikan penggantian HGH. Sebenarnya, adalah
lebih baik untuk memulainya pada umur yang lebih muda apabila paras hormon yang
dihasilkan oieh badan anda telah mula menurun. Dr. Eve Van Cauter, pengkaji HGH dari University of Chicago
Medical Centre berkata bahawa "Semua idea yang melibatkan rawatan dengan
menggunakan hormon tumbesaran telah dilakukan ke atas orang yang berumur 65
tahun ke atas. Namun rekod menunjukkan umur pesakit yang sekian lama dianggap
'orang tua' menjadi semakin muda. Di antara mereka terdapat pesakit yang
berumur 40 tahun. Saya berpendapat bahawa kita mungkin perlu mempertimbangkan
keperluan memberi rawatan HGH pada peringkat awal iaitu sementara badan masih
mampu menghasilkan HGH dan bukannya menunggu sehingga tahap HGH pada tahap yang
sedikit baru mencari penyelesaian.
Sunday, 3 March 2013
APAKAH ITU HORMON TUMBESARAN MANUSIA (HGH) ?
Hormon Tumbesaran Manusia (HGH) juga dikenali sebagai
'Somatotrophin' yang dirembeskan oleh bahagian anterior kelenjar pituitari yang
terletak pada bahagian otak. Ia merupakan salah satu hormon yang paling banyak
dirembeskan untuk menggalakkan pertumbuhan sel, tulang, otot dan organ seluruh
badan. Penghasilan adalah paling banyak pada waktu remaja iaitu semasa
tumbesaran pesat berlaku. Jikalau kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai
paras HGH yang rendah, mereka mungkin akan menjadi kerdil, manakala jika
terlalu banyak puia akan menyebabkan mereka berbadan besar. Bagi orang dewasa,
HGH sangat penting untuk mengekalkan tulang serta tisu yang sihat dan
sebagainya.
Perembesan harian hormon tumbesaran
akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur misalnya seorang yang berumur 60
tahun mungkin hanya. berupaya merembeskan 25% daripada HGH yang dirembeskan
oleh seorang yang berumur 20 tahun.
HGH ialah salah satu hormone
endokrin, seperti estrogen, progesterone, testosterone, melatonin dan DHEA,
yang juga akan berkurang mengikut peningkatan umur. Kebanyakan hormon boleh
digantikan untuk menghalang sebahagian kesan penuaan. HGH didapati lebih
berkesan untuk menghalang penuaan biologikal, malahan juga bertindak secara
signifikan untuk mengurangkan simptom dan penunjuk kepada proses penuaan.
Pada umur 70 ke 80 tahun, hampir
semua orang mengalami kekurangan hormon tumbesaran kesan daripada SDS atau
Sindrom Kekurangan Somatotrophin (hormon tumbesaran).
Antara simptom kekurangan
hormon tumbesaran termasuklah :
* Kehilangan otot dan
penambahan lemak
* Kemerosotan keupayaan
pergerakan fizikal
* Tidak berminat dalam
aktiviti sosialisasi
* Kemerosotan paras tenaga
* Kadar penyembuhan luka
yang lambat
* Risiko mengidap penyakit
kardiovaskular yang tinggi
* Semangat terhadap hidup
yang rendah
Dengan kata lain, simptom penyakit
ini dikenali sebagai penuaan. Kadar penurunan hormon tumbesaran dengan umur
juga dikenali sebagai 'somatopause' yang berkaitan terus dengan kebanyakan
simptom penuaan termasuklah :
* Kedutan
* Rambut beruban
* Kekurangan tenaga
* Kemerosotan keupayaan
seksual
* Pengumpulan lemak badan
* Penyakit kardiovaskular
* Osteoporosis
* dan banyak lagi
Kebanyakan symptom ini juga kelihatan pada orang dewasa yang
lebih muda yang mengalami masalah kekurangan hormon tumbesaran iaitu umur
biologikal orang dewasa tersebut telah melebihi umur kronologikalnya.
Berita baik ialah melalui bukti
klinikal telah menunjukkan bahawa peningkatan paras hormon tumbesaran berupaya
mengembalikan ciri-ciri keremajaan iaitu memulihkan warna rambut dan mencegah
keguguran rambut serta menggalak penumbuhan rambut, menambah tisu tulang,
meningkatkan tenaga dan mengurangkan lemak badan secara signifikan dan faedah
kesihatan yang lain.
Saturday, 2 March 2013
ASID AMINO MEMBANTU KEKALKAN KEMUDAAN ANDA
Pada 5 Julai 1990, sebuah journal yang berwibawa berjudul
'New England Journal of Medicine' telah menerbitkan satu kajian saintifik yang
menggemparkan seluruh dunia. Para pengkaji
menamakan bahan ajaib ini sebagai 'The Fountain of Youth'. Dalam satu gambaran
yang menyerupai tayangan video masa hadapan, penyuntikan Hormon Tumbesaran
Manusia Sintetik (HGH) - sejenis cecair yang dihasilkan dengan banyak daripada
kelenjar pituitari di dalam otak di kalangan golongan muda - telah memberi
wajah baru kepada 12 orang lelaki yang berumur di antara 61 hingga 81 tahun
iaitu daripada keadaan rapuh, lemah serta badan berlemak kepada keadaan yang
lebih kuat, bermaya dan lebih muda. Daniel Rudman, MD. dan rakan sekerja dari
'Medical College of Wisconsin' telah menyatakan dalam journal bahawa penggunaan
HGH selama enam bulan membawa perubahan terhadap jisim otot badan dan jisim
tisu lemak. Perubahan ini adalah bersamaan dari segi magnitud selama
10-20 tahun akibat penuaanl
Sehingga kini,
hormon tumbesaran hanya boleh diperolehi dalam bentuk suntikan yang sangat
mahal dan susah digunakan. Namun, penggunaannya masih terbatas kerana risau
akan kesan sampingan akibat suntikan ubat dalarn jangka masa yang panjang.
'Secretagogues' merupakan penghasil HGH
semula jadi. Nutrien tersebut diguna untuk merangsang kelenjar pituitari supaya
merembeskan hormon tumbesaran sendiri. Para saintis mendapati bahawa apabila
umur kita semakin meningkat, HGH masih dihasilkan tetapi paras tisu menurun
kerana kelenjar pituitari tidak menghasilkannya.
HGH dalam badan remaja berbanding
dengan terapi HGH yang lain. Oleh itu, keberkesanannya lebih nyata dan kesan
sampingan adalah minima.
Dalam proses
yang dikenali 'stacking' iaitu membekalkan nutrien yang betul pada kadar yang
diperlukan dan diambil pada masa yang bersesuaian, anda boleh memperolehi kesan
optima tanpa menggunakan bahan sintetik dan jarum. Kombinasi dengan manipulasi
program pemakanan dan senaman yang menggalakkan penghasilan HGH akan
menghasilkan keputusan yang lebih berkesan. Di antara penghasil HGH ialah asid
amino dan paling penting adalah L-Arginine, L-Lysine, LOrnithine dan
L-Glutamine.
Asid amino memainkan peranan penting untuk mengekalkan paras
HGH seperti waktu remaja, membantu memperlahankan proses penuaan dan berupaya
memutar kembali sebahagian simptom penuaan. Pakar perubatan telah
menunjukkannya dalam beberapa kajian:
"Dengan menambahkan pemakanan
anda dengan asid amino dan vitamin untuk merangsang pembebasan Hormon
Tumbesaran, penghasilannya boleh dikembalikan seperti pada waktu muda."
"Penghasil HGH yang penting
ialah asid amino seperti Ornithine, Arginine, Tryptophan, glycine dan Tyrosine
yang berfungsi secara sinergi (lebih berkesan secara gabungan berbanding secara
individu) dengan Vitamin B6, Niacinamide, Zink, Kalsium, Magnesium, Kalium dan
Vitamin C untuk mencetuskan penghasilan hormon tumbesaran pada waktu malam.
Perembesan maksima hormon tumbesaran adalah pada waktu 90 minit selepas kita
tidur."
“Ornithine dan
Arginine boleh membantu anda melangsing dan membentuk badan semasa anda tidur.” “Vitamin Bible” 1999 oleh Earl Mindell, R.Ph., Ph.D.
"Banyak kajian menunjukkan
bahawa L-Arginine boleh membantu menyembuhkan luka akibat kebakaran dan
kecederaan, menyekat pertumbuhan tumor dengan menghasilkan lebih banyak sel
pembunuh semula jadi (sel imunisasi yang penting) dan bahan lain yang
menghalang pertumbuhan tumor serta membantu ketidaksuburan lelaki. Cecair semen
mengandungi sebanyak 50% L-arginine. Beberapa kajian telah mengaitkan bilangan
sperma yang sedikit dengan kekurangan asid amino yang penting ini."
'Anti-Aging Bible' 1996
oleh Earl Mindell, R.Ph., PhD.
"Sebilangan asid amino terbukti
dapat merangsang perembesan hormon tumbesaran. Bagi kebanyakan orang, makanan
tambahan yang mengandungi asid amino adalah mencukupi untuk meningkatkan paras
hormon tumbesaran dan adalah bebas daripada kesan sampingan."
'Grow Young With HGH' 1998
oleh Dr. RonaId Klatz, Presiden, Akademi Perubatan Anti-Penuaan Amerika.
Friday, 1 March 2013
ASID AMINO, APAKAH KEPENTINGANNYA TERHADAP BADAN KITA?
Asid
amino merupakan 'blok pembinaan' yang berfungsi sebagai asas kepada pembentukan
protein. Protein tidak boleh hadir tanpa gabungan asid-asid amino yang sesuai.
Untuk memahami kepentingan asid amino, anda mesti mengetahui keperluan protein
dalam kehidupan kita. Protein berperanan untuk membekal struktur kepada semua
organisma bernyawa. Setiap organisma tidak kira haiwan terbesar ataupun
mikroorganisma unisel adalah dibentuk daripada protein. Dalam apa jua bentuk
pun, protein tetap memainkan peranan penting dalam proses kimia untuk
membolehkan kita meneruskan kehidupan.
Bahan~bahan
protein berfungsi membina otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut
dan cecair badan (kecuali hempedu dan urin) dalam badan manusia. Protein adalah
penting untuk pertumbuhan tulang, pembentukan enzim, hormon dan gen. Selain
daripada air, protein merupakan penyumbang kedua banyak kepada berat badan
kita. 75% daripada berat pepejal badan adalah binaan protein dan bahan asid
amino. Inilah sebab kenapa memenuhi keperluan protein dalam badan kita adalah
sangat penting untuk membina badan yang sihat.
Kehadiran
asid-asid amino tertentu adalah wajib untuk membentuk protein yang lengkap.
Asid-asid amino mungkin diikat sehingga jumlah yang tidak terbatas untuk
membentuk lebih daripada 50,000 protein yang berbeza dan 20,000 enzim yang
diketahui. Oleh sebab setiap jenis protein terdiri daripada asid-asid amino
yang berbeza, setiap satu mempunyai ikatan yang spesifik untuk fungsi tertentu
dan tidak boleh saling bertukaran._Asid_amino mengandungi lebih kurang 16%
Nitrogen. Kandungan ini membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.
Sistem
saraf pusat tidak boleh berfungsi tanpa asid amino yang bertindak sebagai
'neurotransmitter' atau sebagai penanda kepada 'neurotransmitter'. Mereka
diperlukan untuk membolehkan otak menerima dan menghantar isyarat. Penghantaran
isyarat boleh berlaku kesalahan jika kesemua asid amino tidak hadir bersama.
Satu hidangan yang tinggi kandungan protein boleh meningkatkan kepekaan buat
sementara waktu.
Terdapat lebih kurang 29 jenis asid amino yang diketahui
dapat membentuk beratus-ratus jenis protein yang hadir dalam organisma
bernyawa. Dalam badan manusia, hati menghasilkan kira-kira 80% asid amino yang
kita perlukan. 20% lagi harus diperolehi daripada sumber luaran. Asid amino
yang perlu diperolehi daripada makanan dikenali sebagai Asid Amino Essential.
Asid Amino Essential yang memasuki badan melalui pemakanan adalah Arginine,
Histidine Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine,
Tryptophan dan Valine. Asid Amino Non-essential ialah asid amino yang boleh
dihasilkan oleh badan melalui sumber lain iaitu AIanine, Aspartic acid,
Asparagine, Glutamic acid, Glutamine, Glycine, Proline dan Serine.
Hampir
semua asid amino (kecuali Glycine) boleh wujud dalam 2 bentuk yang saling
bertentangan seperti imej pada cermin. Ini dikenali sebagai siri D- dan L-.
Oleh kerana asid amino dalam siri L- adalah sama dengan bentuk semula jadi
seperti asid amino yang dijumpai dalam tisu tumbuhan atau haiwan hidup, maka
mereka dianggap lebih sesuai untuk proses biokimia manusia. Semua asid amino
yang membentuk protein adalah jenis konfigurasi L-, kecuali Phenylaianine yang
juga boleh wujud sebagai DL-phenyialanine.
Penghimpunan
asid amino untuk membentuk protein atau pemecahan protein kepada asid amino
individu untuk kegunaan badan adalah proses yang berterusan. Apabila kita
memerlukan protein Enzim, badan akan menghasilkan lebih protein enzim.
Apabila.kita perlukan lebih banyak sel, badan menghasilkan lebih banyak protein
untuk membina sel
Protein yang berbeza akan dihasilkan mengikut keperluan
badan. Apabila badan kehabisan simpanan Asid Amino Essential, ia tidak berupaya
menghasilkan protein yang memerlukan asid amino tersebut. Kekurangan protein
boleh membawa kesan kepada pembentukan beberapa jenis penyakit.
Bagaimanakah kekurangan zat boleh
berlaku? Jikalau pemakanan adalah tidak seimbang iaitu tidak mengandungi
kandungan Asid Amine Essential yang mencukupi, penyakit fizikal akan terjadi.
Simptom lain akan wujud sekiranya individu mengalami masalah kekurangan zat
protein yang disebabkan oleh ketidak-keupayaan untuk mencernakan makanan dengan
sempurna. Untuk mengelakkan masalah tersebut, kita boleh mengamalkan tabiat
pemakaman yang seimbang atau mengambil makanan tambahan yang mengandungi Asid
Amino Essential.
Tambahan pula, asid amino juga membolehkan vitamin dan
mineral memainkan peranan mereka dengan baik. Walaupun vitamin dan mineral
diserap dan diasimilasikan dengan kerap, kedua-duanya tidak akan berkesan tanpa
kehadiran asid amino.
Subscribe to:
Comments (Atom)