ASID AMINO, APAKAH KEPENTINGANNYA TERHADAP BADAN KITA?
Asid amino merupakan 'blok pembinaan'
yang berfungsi sebagai asas kepada pembentukan protein. Protein tidak boleh
hadir tanpa gabungan asid-asid amino yang sesuai. Untuk memahami kepentingan
asid amino, anda mesti mengetahui keperluan protein dalam kehidupan kita.
Protein berperanan untuk membekal struktur kepada semua organisma bernyawa.
Setiap organisma tidak kira haiwan terbesar ataupun mikroorganisma unisel
adalah dibentuk daripada protein. Dalam apa jua bentuk pun, protein tetap
memainkan peranan penting dalam proses kimia untuk membolehkan kita meneruskan
kehidupan.
Bahan~bahan protein berfungsi membina
otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut dan cecair badan (kecuali
hempedu dan urin) dalam badan manusia. Protein adalah penting untuk pertumbuhan
tulang, pembentukan enzim, hormon dan gen. Selain daripada air, protein
merupakan penyumbang kedua banyak kepada berat badan kita. 75% daripada berat
pepejal badan adalah binaan protein dan bahan asid amino. Inilah sebab kenapa
memenuhi keperluan protein dalam badan kita adalah sangat penting untuk membina
badan yang sihat.
Kehadiran asid-asid amino tertentu
adalah wajib untuk membentuk protein yang lengkap. Asid-asid amino mungkin
diikat sehingga jumlah yang tidak terbatas untuk membentuk lebih daripada
50,000 protein yang berbeza dan 20,000 enzim yang diketahui. Oleh sebab setiap jenis
protein terdiri daripada asid-asid amino yang berbeza, setiap satu mempunyai
ikatan yang spesifik untuk fungsi tertentu dan tidak boleh saling
bertukaran._Asid_amino mengandungi lebih kurang 16% Nitrogen. Kandungan ini
membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.
Sistem saraf pusat tidak boleh
berfungsi tanpa asid amino yang bertindak sebagai 'neurotransmitter' atau
sebagai penanda kepada 'neurotransmitter'. Mereka diperlukan untuk membolehkan
otak menerima dan menghantar isyarat. Penghantaran isyarat boleh berlaku
kesalahan jika kesemua asid amino tidak hadir bersama. Satu hidangan yang
tinggi kandungan protein boleh meningkatkan kepekaan buat sementara waktu.
Terdapat lebih
kurang 29 jenis asid amino yang diketahui dapat membentuk beratus-ratus jenis
protein yang hadir dalam organisma bernyawa. Dalam badan manusia, hati
menghasilkan kira-kira 80% asid amino yang kita perlukan. 20% lagi harus
diperolehi daripada sumber luaran. Asid amino yang perlu diperolehi daripada
makanan dikenali sebagai Asid Amino Essential. Asid Amino Essential yang
memasuki badan melalui pemakanan adalah Arginine, Histidine Isoleucine,
Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine, Tryptophan dan Valine.
Asid Amino Non-essential ialah asid amino yang boleh dihasilkan oleh badan
melalui sumber lain iaitu AIanine, Aspartic acid, Asparagine, Glutamic acid,
Glutamine, Glycine, Proline dan Serine.
Hampir semua asid amino (kecuali
Glycine) boleh wujud dalam 2 bentuk yang saling bertentangan seperti imej pada
cermin. Ini dikenali sebagai siri D- dan L-. Oleh kerana asid amino dalam siri
L- adalah sama dengan bentuk semula jadi seperti asid amino yang dijumpai dalam
tisu tumbuhan atau haiwan hidup, maka mereka dianggap lebih sesuai untuk proses
biokimia manusia. Semua asid amino yang membentuk protein adalah jenis
konfigurasi L-, kecuali Phenylaianine yang juga boleh wujud sebagai
DL-phenyialanine.
Penghimpunan asid amino untuk
membentuk protein atau pemecahan protein kepada asid amino individu untuk
kegunaan badan adalah proses yang berterusan. Apabila kita memerlukan protein
Enzim, badan akan menghasilkan lebih protein enzim. Apabila.kita perlukan lebih
banyak sel, badan menghasilkan lebih banyak protein untuk membina sel
Protein yang berbeza akan dihasilkan mengikut keperluan
badan. Apabila badan kehabisan simpanan Asid Amino Essential, ia tidak berupaya
menghasilkan protein yang memerlukan asid amino tersebut. Kekurangan protein
boleh membawa kesan kepada pembentukan beberapa jenis penyakit.
Bagaimanakah kekurangan zat boleh
berlaku? Jikalau pemakanan adalah tidak seimbang iaitu tidak mengandungi
kandungan Asid Amine Essential yang mencukupi, penyakit fizikal akan terjadi.
Simptom lain akan wujud sekiranya individu mengalami masalah kekurangan zat
protein yang disebabkan oleh ketidak-keupayaan untuk mencernakan makanan dengan
sempurna. Untuk mengelakkan masalah tersebut, kita boleh mengamalkan tabiat
pemakaman yang seimbang atau mengambil makanan tambahan yang mengandungi Asid
Amino Essential.
Tambahan pula, asid amino juga membolehkan vitamin dan
mineral memainkan peranan mereka dengan baik. Walaupun vitamin dan mineral
diserap dan diasimilasikan dengan kerap, kedua-duanya tidak akan berkesan tanpa
kehadiran asid amino.
No comments:
Post a Comment