APAKAH
ITU HORMON TUMBESARAN MANUSIA (HGH) ?
Hormon Tumbesaran Manusia (HGH) juga dikenali sebagai
'Somatotrophin' yang dirembeskan oleh bahagian anterior kelenjar pituitari yang
terletak pada bahagian otak. Ia merupakan salah satu hormon yang paling banyak
dirembeskan untuk menggalakkan pertumbuhan sel, tulang, otot dan organ seluruh
badan. Penghasilan adalah paling banyak pada waktu remaja iaitu semasa
tumbesaran pesat berlaku. Jikalau kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai
paras HGH yang rendah, mereka mungkin akan menjadi kerdil, manakala jika
terlalu banyak puia akan menyebabkan mereka berbadan besar. Bagi orang dewasa,
HGH sangat penting untuk mengekalkan tulang serta tisu yang sihat dan
sebagainya.
Perembesan harian hormon tumbesaran
akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur misalnya seorang yang berumur 60
tahun mungkin hanya. berupaya merembeskan 25% daripada HGH yang dirembeskan
oleh seorang yang berumur 20 tahun.
HGH ialah salah satu hormone
endokrin, seperti estrogen, progesterone, testosterone, melatonin dan DHEA,
yang juga akan berkurang mengikut peningkatan umur. Kebanyakan hormon boleh
digantikan untuk menghalang sebahagian kesan penuaan. HGH didapati lebih
berkesan untuk menghalang penuaan biologikal, malahan juga bertindak secara
signifikan untuk mengurangkan simptom dan penunjuk kepada proses penuaan.
Pada umur 70 ke 80 tahun, hampir
semua orang mengalami kekurangan hormon tumbesaran kesan daripada SDS atau
Sindrom Kekurangan Somatotrophin (hormon tumbesaran).
Antara simptom kekurangan
hormon tumbesaran termasuklah :
* Kehilangan otot dan
penambahan lemak
* Kemerosotan keupayaan
pergerakan fizikal
* Tidak berminat dalam
aktiviti sosialisasi
* Kemerosotan paras tenaga
* Kadar penyembuhan luka
yang lambat
* Risiko mengidap penyakit
kardiovaskular yang tinggi
* Semangat terhadap hidup
yang rendah
Dengan kata lain, simptom penyakit
ini dikenali sebagai penuaan. Kadar penurunan hormon tumbesaran dengan umur
juga dikenali sebagai 'somatopause' yang berkaitan terus dengan kebanyakan
simptom penuaan termasuklah :
* Kedutan
* Rambut beruban
* Kekurangan tenaga
* Kemerosotan keupayaan
seksual
* Pengumpulan lemak badan
* Penyakit kardiovaskular
* Osteoporosis
* dan banyak lagi
Kebanyakan symptom ini juga kelihatan pada orang dewasa yang
lebih muda yang mengalami masalah kekurangan hormon tumbesaran iaitu umur
biologikal orang dewasa tersebut telah melebihi umur kronologikalnya.
Berita baik ialah melalui bukti
klinikal telah menunjukkan bahawa peningkatan paras hormon tumbesaran berupaya
mengembalikan ciri-ciri keremajaan iaitu memulihkan warna rambut dan mencegah
keguguran rambut serta menggalak penumbuhan rambut, menambah tisu tulang,
meningkatkan tenaga dan mengurangkan lemak badan secara signifikan dan faedah
kesihatan yang lain.
No comments:
Post a Comment