Para pakar
anti-penuaan telah memberitahu kita bahawa penuaan merupakan sejenis penyakit dan
penyakit ini telah diberi nama - Sindrom Kekurangan Hormon Tumbesaran Manusia.
Penuaan bukan lagi proses semula jadi tetapi boleh dicegah dan disembuhkan
walaupun aktiviti perembesan hormon tumbesaran menurun; peningkatan
somatostatin, atau reseptor kurang bertindak terhadap hormon tumbesaran. Tetapi
kesemua ini boleh diatasi dengan pengambilan penggalak rembesan HGH untuk
merangsangkan penghasilan HGH di dalam badan anda.
Terapi hormon tumbesaran manusia bukan
sahaja berkesan untuk golongan yang mengalami masalah kekurangan hormon.
Seperti kata Dr. Rudman dan rakan sekerja dalam kertas kerjanya, "pada
pertengahan dan akhir tahap kedewasaan, setiap orang mengalami satu siri
perubahan progresif daIam penguraian badan," termasuklah kehilangan jisirn
otot badan, penambahan tisu lemak, kemerosotan otot rangka, hati, buah
pinggang, limpa, kulit dan tulang. "Perubahan struktur tersebut dianggap
sebagai kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan." Menurut mereka
"'Pengurangan hormon tumbesaran semasa akhir kedewasaan menyumbang kepada
pertukaran-pertukaran yang dinyatakan di atas.”
Dengan kata
lain, kesemuanya dikaitkan dengan penuaan - dari umur pertengahan bertukar
kepada masalah pengecutan, bongkok, lemah dan badan terketar-ketar -mungkin
disebabkan secara langsung atau sebahagian daripada kesan pengurangan hormon
tumbesaran.
Anda tidak perlu Iagi menunggu sehingga
mencapai umur tua untuk menikmati kebaikan penggantian HGH. Sebenarnya, adalah
lebih baik untuk memulainya pada umur yang lebih muda apabila paras hormon yang
dihasilkan oieh badan anda telah mula menurun. Dr. Eve Van Cauter, pengkaji HGH dari University of Chicago
Medical Centre berkata bahawa "Semua idea yang melibatkan rawatan dengan
menggunakan hormon tumbesaran telah dilakukan ke atas orang yang berumur 65
tahun ke atas. Namun rekod menunjukkan umur pesakit yang sekian lama dianggap
'orang tua' menjadi semakin muda. Di antara mereka terdapat pesakit yang
berumur 40 tahun. Saya berpendapat bahawa kita mungkin perlu mempertimbangkan
keperluan memberi rawatan HGH pada peringkat awal iaitu sementara badan masih
mampu menghasilkan HGH dan bukannya menunggu sehingga tahap HGH pada tahap yang
sedikit baru mencari penyelesaian.
No comments:
Post a Comment