Thursday, 7 March 2013

Lebih Daripada 28,000 Kajian Klinikal Di Seluruh Dunia Telah Membuktikan Kebaikan HGH



Anti-penuaan
Satu kajian klinikal yang dilakukan oleh Grace Wong MD dari Genetech Research and Development Center telah menunjukkan HGH mampu menangani masalah oksidisasi dalam badan. Ia merupakan senjata yang terunggul dalam menentang masalah penuaan. Menurut Dr. Wong, peluang kemusnahan protein sel akan bertambah sejajar dengan peningkatan umur. Aktiviti radikal bebas yang terlalu banyak kuantitinya merupakan sebab utama kemusnahan sel. Wong berpendapat bahawa HGH sebenarnya mampu mengaktifkan protease inhibitors dalam sel dengan mengelakkan dan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. HGH bukan hanya dapat melindungi sel daripada kemusnahan yang dibawa oleh radikal bebas malah juga memainkan peranan untuk memulih dan menggalakkan penumbuhan sel-sel baru dalam badan. Inilah sebabnya kita dapat mengekalkan keremajaan dan melanjutkan usia dengan HGH.
 

 
Meningkatkan Tenaga dan Fungsi Otak
HGH bukan sahaja mampu menggiatkan semula minda, malah ia juga berupaya mengubah kelakuan, paras rupa dan harapan akibat pengaruh proses penuaan. HGH meningkatkan tahap tenaga, menggalak peniduran yang nyenyak dan meningkatkan perasaan keceriaan kita. Dalam laporan yang awal sekali, kumpulan Johannsson mendapati bahawa HGH sebenarnya dapat mengubah tahap sesetengah alat pemancar neuro di dalam otak, meningkatkan tahap B-endorphin yang juga disebut sebagai pelali otak dan mengurangkan tahap dopamine yang dikaitkan dengan perasaan gelisah. Ini bersamaan dengan hasil pemberian ubat anti tekanan.

Laporan-laporan yang lain turut memaparkan bahawa HGH mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan konsentrasi serta membina keyakinan diri. HGH boleh mengembalikan ingatan dan mengimbangi emosi kita. Di dalam kajian kekurangan HGH bagi orang dewasa. Pengkaji Beianda yang diketuai oleh Dr. Jan Berend Deijiem, MD. mendapati bahawa kekurangan HGH boleh menyebabkan seseorang mengalami kekurangan memori ikonik ( kebolehan untuk memproses informasi ) , kemerosotan ingatan jangka pendek dan jangka panjang serta skil tindak balas seperti kordinasi tangan dan mata. Perlu diketahui bahawa kekurangan IGH-l mempunyai kaitan dengan kekurangan IQ dan tahap pendidikan.
  


Membina Otot
Kajian perubatan telah membuktikan bahawa tumbesaran hanya akan berlaku apabila HGH dirembeskan. HGH pasti dapat meningkatkan kesan senaman dan pembinaan otot termasuk tenaga, kekuatan otot, stamina dan kecergasan.

Dr. Danial Rudman telah menjalankan kajian klinikai "double-blind” pada sekumpulan lelaki dewasa berumur di antara 60 hingga 80 tahun dan hasil kajian ini telah dilaporkan di dalam Jurnal Kesihatan New England, keluaran 5hb Julai, 1990. Ia melaporkan peningkatan otot sebanyak 88% dalam masa 6 bulan secara purata.

Kajian yang telah dijalankan di Hospital St. Thomas, London menunjukkan peningkatan otot yang menakjubkan. Dr. L. Cass Terry, MD. mendapati bahawa HGH membawa perubahan yang menakjubkan pada komposisi lemak dan bentuk badan beliau dalam masa kurang dari dua bulan.

 


Mempertingkatkan Fungsi Seksuai .
Kekurangan daya seksualiti lelaki mempunyai kaitan langsung dengan kekurangan tahap HGH di dalam badan. Tahap HGH dan.daya seksualiti mencapai kemuncak semasa akil baligh dan kemudian menurun perlahan-lahan dan apabila mencapai umur 80 tahun, 75% lelaki tidak mampu lagi melakukan hubungan kelamin. Kajian Penuaan Lelaki di Massachusetts yang merangkumi kajian ke atas 1290 lelaki secara rawak mendapati ketidakmampuan di dalam hubungan kelamin meningkat dari 5% pada umur 40 tahun kepada 15% pada umur 79 tahun, dengan 52% lelaki yang lebih berumur mempunyai masalah mati pucuk. Di dalam analisis klinikal pertama oleh Dr. L. Cass Terry dan Dr. Edmund Chein berkenaan kesan perangsang HGH kepada 202 orang termasuk 172 lelaki ; tiga perempat daripada mereka melaporkan peningkatan potensi seksual dan kekerapan di dalam melakukan hubungan kelamin. 62% lelaki melaporkan bahawa mereka mampu melakukan hubungan kelamin pada jangka masa yang lama. Oleh kerana hasil kajian mendapati bahawa terapi HGH di dalam badan dapat meningkatkan keinginan dan fungsi seksual, maka secara kesimpulan HGH memainkan peranan yang amat penting untuk kesihatan seksual.






Erektil Disfungsi ( Mati Pucuk )
Nutrien seperti L-arginine sebagai salah satu bahan nutraseutikai yang kuat telah ditemui. Ia bertindak apabila badan menguraikannya dan menghasilkan gas ringkas iaitu Nitrik Oksida (NO). Gas ini kekal untuk beberapa saat sahaja tetapi para saintis mendapati bahawa ia adalah molekul individu yang kritikal di dalam badan. Hampir satu dekad yang lalu, ramai pengkaji membuat banyak penemuan berkaitan dengan fungsi NO. Sebahagian daripadanya menggalakkan perembesan HGH dan merangsang ereksi pada lelaki yang mengalami masalah ereksi disfungsi. Ereksi semasa kebangkitan nafsu seksual adalah hasil daripada reaksi rantaian kompleks biokimia. Sel endothelial dalam saluran darah zakar menambahkan penghasilan NO daripada arginine. Ini akan mencetuskan aliran darah ke dalam ruang cekung pada zakar. Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi tekanan ke atas zakar, mengurangkan darah mengalir keluar dan memberi kesan ereksi. Kebanyakan kes erektil disfungsi adalah dikaitkan dengan keadaan fizikal yang disebabkan oleh ketidakupayaan mekanisme arginine / NO dalam saluran'darah pada zakar.
  

 Mengurangkan Lemak Badan Dan Mempertingkatkan Otot
HGH melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh regimen pengurang berat badan lainnya : Ia menggembalikan bentuk badan semasa muda, mencairkan lemak dan membina otot. Dalam banyak kes, lemak dihapuskan serentak dengan perolehan awet muda. Kehilangan lemak yang banyak tertumpu di kawasan abdomen yang selalunya dikaitkan dengan risiko serangan jantung. Melalui kajian terkawal ke atas 24 orang dewasa yang mengalami kekurangan HGH di Hospital St. Thomas, London mendapati : mereka yang dirawat oleh terapi HGH tidak menunjukkan pengurangan berat badan. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa kadar lemak telah berkurangan sebanyak 12.5 paun dan otot-otot telah meningkat sebanyak 12.1 paun secara purata. HGH merupakan regimen pengawalan berat badan yang paling efektif. Di dalam kajian terkawal lain yang dijalankan ke atas wanita yang gemuk, HGH mengakibatkan kehilangan lemak di badan lebih dari 4.6 paun secara purata, terutamanya di sekitar abdomen. Kebanyakan program diet akan mengakibatkan pengurangan otot bersama lemak, akan tetapi dengan HGH, otot-otot meningkat pada kadar 6.6 paun. Dr. David Clemmons telah menjalankan kajian terkawal di Universiti North Carolina, Chapel Hill, beliau mendapati bahawa kombinasi rawatan HGH dan diet mampu mempercepatkan proses pelangsingan badan sebanyak 25% jika dibandingkan dengan program diet semata-mata. Dalam jangka masa 11 minggu, mereka yang telah dirawat dengan HGH telah kehilangan 30 - 32 paun. Walaupun kehilangan ini merangkumi lemak dan otot, bentuk badan mampu dikekalkan.
 



Meningkatkan Elastisiti Dan Kulit Muka Yang Gebu
Terapi HGH ibarat pembedahan muka yang terkandung di dalam botol, ia melicinkan kedut-kedut di muka, memberi elastisiti, ketebalan, membentuk serta memberi keremajaan kepada kulit. " kata Dr. Ronald Klatz, MD., Presiden Akademi Ubat-ubatan Anti-Penuaan Amerika di dalam buku beliau berjudul "Grow Young With HGH 1998.

HGH membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan, mengurangkan kedut dan meremajakan kembali kulit. Ini adalah kerana HGH membantu mengekaikan kandungan kelembapan di dalam kulit dan merangsang metabolisma - proses yang semakin lambat pada kulit yang berumur. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dr. Roy Dittrnan, MD., seorang pakar di bidang penuaan, jumlah HGH mempengaruhi keadaan kulit, mereka yang menjalani terapi HGH mungkin tidak dapat merasai perubahan dalam jangka masa yang cepat dan memerlukan lebih masa. Kesabaran adalah penting, HGH ialah hormon yang bijak dan tangkas. Ia mempunyai kebolehan di dalam mengenal pasti keperluan badan dan seterusnya tangkas berusaha memperbaikinya.
 

 
Mencegah Osteoporosis ( Kerapuhan Tulang)
Walaupun terapi HGH diberikan untuk pembinaan tulang kanak-kanak yang mengalami kekurangan HGH. tetapi ujikaji ke atas orang dewasa adalah berlainan. Dr. Daniel Rudman dalam kajiannya mendapati bahawa terapi HGH selama 6 bulan mampu meningkatkan densiti tulang pinggang sebanyak 1.6% bagi lelaki berumur lebih daripada 65 tahun tetapi tiada peningkatan pada tulang tangan dan kaki. Beberapa kumpulan melaporkan peningkatan kandungan mineral tulang.
  


Meningkatkan Densiti Tulang
Baru-baru ini. saintis dari Sweden yang diketuai oleh Dr. Gudmundur Johannson, MD. menjalankan kajian ke atas 44 orang lelaki dan Wanita berusia di antara 23 dan 66 tahun yang mengalami kekurangan HGH. Selepas 2 tahun terapi HGH diberikan, mereka telah menunjukkan peningkatan densiti tulang yang membentuk sambungan pinggang dan vertebrae di bahagian bawah tulang belikat. Kajian juga menunjukkan peningkatan kalsium yakni kalsium pengikat protein tulang yang juga dipanggil osteocalcin. Peningkatan dua jenis kolagen yang penting di dalam pembentukan tulang juga ditemui. Pengkaji-pengkaji membuat tanggapan bahawa ini telah mengurangkan kejadian keretakan tulang dan memastikan ianya berada di paras normal.
 

 Menguatkan Fungsi Jantung
Terapi HGH memperbaiki fungsi jantung dan melindungi seseorang dari serangan jantung. Ia mengurangkan lemak badan terutama di kawasan abdomen yang dikaitkan dengan kejadian serangan jantung. HGH juga memperbaiki tahap kolesterol di dalam darah, meningkatkan HDL dan mengurangkan LDL serta mengurangkan tekanan darah sebanyak 10% tanpa memberi kesan kepada tekanan sistolik. Rawatan HGH telah memutarbalikkan keadaan ketidakupayaan jantung. Di dalam kajian pada tahun 1996 yang dilaporkan di Jurnal Perubatan New Engiand, HGH telah diberikan kepada 7 orang pesakit - 5 lelaki dan 2 wanita yang mengalami sakit jantung. Ia mampu meningkatkan ketebalan dinding ventrikular sebelah kiri, meningkatkan kebolehan jantung untuk mengepam darah,mengurangkan keperluan oksigen jantung, meningkatkan kapasiti senaman dan kualiti kehidupan.
 

 Meningkatkan Fungsi Paru-paru
HGH dapat meningkatkan fungsi paru-paru dengan peningkatan kebolehan seseorang di dalam melakukan senaman, memaksimakan pengambilan oksigen serta ruang paru-paru dan pengepaman. Dr. David Clemmons, ketua Endokrinologi di Universiti Perubatan North Carolina, Chapel Hill mendapati bahawa pengambilan terapi HGH selama 3 minggu oleh pesakit yang mengalami masalah paru-paru telah menghasilkan peningkatan sebanyak 10 hingga 12 mm kuasa pernafasan secara purata. "Jika paru-paru anda bermasalah seperti pesakit-pesakit ini, peningkatan dari 25mm kepada 38mm banyak membantu." kata Dr. Clemmons yang mempercayai bahawa HGH merupakan kaedah rawatan yang baik untuk penyakit emphysema ( kesukaran bernafas ) serta masalah paru-paru yang lain.
 

 Memperkukuhkan Sistem Imunisasi
Pada tahun 1985, Dr. Keith Kelley, MD., pakar immunologi dari Universiti Illinois telah membuktikan bahawa HGH mampu membina semula kelenjar taimus (yang bertugas menghasilkan limfosit untuk membina sistem imunisasi) yang telah mengecut pada tikus dewasa sehingga memperolehi kembali bentuk semasa muda. Kajian Dr. Kelley telah disahkan oleh saintis dari Israel yang menggunakan kaedah yang sama ke atas tikus-tikus lain termasuk anjing di mana hasilnya adalah serupa. HGH meningkatkan aktiviti imunisasi seperti penghasilan antibodi yakni peningkatan di dalam penghasilan set-T dan interleukin 2, meningkatkan aktiviti limfosit dan sel-sel, merangsang macrophage (sel-sel yang mampu menghapuskan radang tisu), meningkatkan neutrophils (sejenis sel darah putih yang mampu menyerang bacteria) serta meningkatkan penghasilan sel-sel darah merah.




Menyelaraskan Paras Kolesterol

Pada tahun 1997, kajian mendapati bahawa semakin tinggi paras hormon tumbesaran manusia bagi orang dewasa yang normal, maka semakin tinggi paras kolesterol HDL (kolesterol sihat). Kolesterol HDL adalah kolesterol baik yang dapat membuang kolesterol LDL (tidak sihat) daripada dinding arteri dan membawanya ke hati untuk dibuang daripada badan. HGH telah dibuku dapat menambahkan kolesterol HDL dan merendahkan paras kolesterol LDL yang merbahaya. Oleh itu, risiko arteri tersumbat dapat dikurangkan. Kajian terhadap penyakit jantung oleh Dr. Bengtsson daripada University of Goteborg telah menunjukkan bahawa daripada 333 pesakit kekurangan hormon tumbesaran yang diuji, didapati bahawa paras kolesterol mereka adalah normal. Namun begitu, apabila kolesterol dibahagikan kepada LDL dan HDL, paras kolesterol menunjukkan perbezaan yang ketara. Pesakit kekurangan hormon tumbesaran ini mempunyai paras kolesterol LDL yang sangat tinggi dan paras kolesterol HDL yang sangat rendah. Bengtsson membuat kesimpulan bahawa penggandaan penyakit kardiovaskular di kalangan kumpulan pesakit tersebut adalah disebabkan oleh faktor paras kolesterol. Selepas 6 bulan terapi HGH dijalankan ke atas pesakit-pesakit, paras kolesterol LDL telah menurun dan kolesterol HDL telah bertambah Keadaan ini memberikan kesan yang dikehendaki.


HGH Dan Diabetes
Terdapat kebimbangan bahawa hormon tumbesaran .membawa kesan buruk kepada diabetes kerana HGH meninggikan kandungan gula dalam darah. Hormon tumbesaran menggerakkan lemak badan, memecah ikatan dan membebaskan asid lemak bebas ke dalam aliran darah. Asid-asid lemak ini adalah molekul bertenaga yang boleh digunakan oleh organ-organ badan kita. Apabila otot menggunakan asid lemak bebas sebagai sumber tenaga, mereka akan kurang menggunakan gula. Oleh yang demikian, kesan insulin akan dilawan dan kurang gula akan diekstrak daripada darah. Pada masa yang sama, hormon tumbesaran akan meningkatkan pengeluaran glukosa daripada hati ke dalam darah. Kombinasi kesan tersebut boleh menyebabkan peningkatan paras insulin dan kandungan gula dalam darah. 

Namun, masalah ini hanya timbul pada sebilangan orang yang mengamalkan pemakaman yang tinggi kandungan gula serta kanji dan kurang bersenam. Sebaliknya, kajian pada akhir-akhir ini mendapati bahawa HGH boleh membantu memperbaiki keadaan diabetes. Dr. Ronald Klatz, pengarang buku 'Grow Young With HGH 1998' telah menulis bahawa kajian yang sebelum ini yang dilakukan oleh Dr. Rudman telah menunjukkan hormon tumbesaran menyebabkan peningkatan tentangan terhadap tindakan insulin. Ini menyebabkan paras glukosa darah meningkat dan bertentangan dengan keperluan pesakit diabetes. Dr. Bengtsson menunjukkan perkara yang sama selepas rawatan terapi hormon tumbesaran dilakukan selama 6 minggu sahaja. Namun, selepas 6 bulan, beliau mendapati bahawa insulin kembali sensitif seperti sebelum rawatan dilakukan ke atas pesakit tersebut. Dengan kata lain, hormon tumbesaran tidak meningkatkan glukosa darah atau menyebabkan penyakit diabetes. 

Menurut Bengtsson, kemungkinan pemulihan komposisi badan selepas 6 bulan telah mengimbangi semua kesan negatif hormon tumbesaran ke atas insulin. Katanya juga, "Terdapat indikasi bahawa hormon tumbesaran mungkin dapat memperbaiki keadaan diabetes" Blackman yang sedang menjalankan kajian ke ataa kesan hormon tumbesaran terhadap glukosa darah di John-Hopkins berkata bahawa apabila seseorang warga tua mempunyai paras hormon tumbesaran yang rendah-,mereka didapati mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Maka tindakan insulin yang rendah menyebabkan kandungan gula darah meningkat. Sekiranya penggantian hormon diberikan secara berhati-hati dan bukannya dengan banyak, kandungan gula darah akan menjadi normal secara perlahan-lahan.
 

Tuesday, 5 March 2013

Apa Pendapat Pakar-pakar Perubatan ?



1. Buku yang ditulis oleh Dr. Ronald Kiatz berjudul " Grow Young with HGH 1998" menunjukkan arah penggunaan HGH sebagai terapi anti penuaan. Sebagai Presiden Akademi Anti-Penuaan di Amerika, Dr. Klatz, MD., percaya bahawa era " masyarakat tanpa-penuaan " kini telah bermula. Beliau berkata " kajian berkenaan HGH mengakhiri proses penuaaan dan melahirkan masyarakat tanpa-penuaan- -" Melalui kajian saintiñk, beliau juga menyenaraikan'-bahan-bahan yang terbukti mampu merangsangkan penghasilan HGH. Bahan-bahan yang terpenting ialah: Arginine, Ornithine, Lysine dan Glutamine. “Dengan menambah bahan-bahan tersebut, anda akan memperolehi tenaga, kesihatan, seri wajah dan seksualiti. Buat pertama kalinya dalam sejarah, kita mampu melakukan perubahan pada proses penuaan, mengembalikan alam remaja, mencegah penyakit serta meningkatkan kualiti kehidupan. Faktor keremajaan terletak di dalam diri kita. Apa yang kita perlu lakukan ialah merangsangkan penghasilannya. "

2. Dr. Earl Mindell, pengarang buku "Vitamin Bible menyatakan dengan penambahan khasiat asid amino dan vitamin-vitamin yang merangsang penghasilan HGH, keremajaan akan dapat terhasil. Ornithine dan Arginine boleh membantu anda dalam melangsing dan membentuk badan ketika anda tidur."

3. Dr. Daniel Rudman, MD. di dalam Jurnal Kesihatan New England menyatakan "kesan penggunaan HGH selama 6 bulan pada tubuh dan tisu badan adalah bersamaan dengan perubahan selama 10 hingga 20 tahun akibat penuaan."

4. Dr. George Merriam dari Universiti Washington di Institusi Pengajian Penuaan Nasional Seattle menyatakan "tiada satu bukti yang menyatakan bahawa perangsang Hormon Tumbesaran akan membawa kesan sampingan jangka panjang, malah ia langsung tidak mempunyai kesan sampingan."

5. Bahagian Ubat-ubatan - Pusat Perubatan VA. di Pusat Perubatan Universiti Stanford membuat kesimpulan : Terapi perangsang HGH ( Hormon Tumbesaran ) atau IGF-I mampu memutarbalikkan ( atau mencegah ) perubahan badan akibat penuaan ( kajian terapi HGH bagi Orang yang berusia - Mac 1992 ) .

6. Dr. Jorgensen dan Dr. Christian dari Corpenhagen, Denmark menyatakan di dalam Jurnal Endokrinologi Eropah, 1994 ”terapi perangsang HGH telah menunjukkan kesan positif di dalam menormalkan fungsi renal dan jantung, metabolisma hormon tiroid, metabolisma tulang, pengeluaran peluh, metabolisma tenaga dan kesihatan psikologikal keseluruhannya”

7. Dr. Ramias, Shamos dan Schiller dari Pusat Perubatan Hospital St. Joseph di Phoenix, Arizona mendapati bahawa HGH adalah agen anabolik yang mujarab "pengambilan harian HGH di dalam minggu pertama selepas trauma mampu meningkatkan status metabolik, yang mengurangkan kesakitan dan mendorong penyembuhan sehingga pesakit dibenarkan keluar awal dari hospital. " ( Jurnal Pembedahan. Vol 111, 495-502, Mei 1992 ).

8. Dr. Jake Powrie, MD. dan Dr. Andrew Weissberger dari Hospital St. Thomas, London, England : "Semua dewasa yang mempunyai masalah kekurangan HGH seharusnya digalakkan menjalani terapi perangsang penghasilan hormon tersebut."

9. Ramai pakar perubatan yang memberi rawatan GH kepada pesakit melaporkan bahawa perubahan keupayaan seksual di antara pesakit lelaki dan perempuan amat ketara. Kesemuanya dilaporkan telah meningkat keupayaan seksual mereka, sementara pesakit lelaki pula mengatakan' bahawa mereka mempunyai tahap ketegangan yang lama, prestasi seksual yang lebih baik, jangka masa hubungan seksual yang lebih lama dan dapat mengembalikan tenaga dalam waktu yang singkat. ( Grow Young With HGH m/s.127 oleh Dr. Ronald Klatz, MD. )

10. David Clemmons, ketua bahagian Endocrinology di Universiti North Carolina School of Medicine di Chapel Hill mempercayai bahawa HGH merupakan rawatan terbaik untuk pesakit emphysema dan penyakit yang berkenaan pulmonari.

11. Dr. Julian Whitaker dari Newport Beach, California sendiri telah mengambilHGH dan juga memberi rawatan HGH kepada pesakitnya. Beliau berkata " saya tidak pernah menemui sebarang makanan suplemen yang berkesan seperti HGH suplemen," Beliau juga berpendapat bahawa HGH mempunyai kesan terunggul dalam menangani penyakit yang melibatkan kelemahan otot seperti stroke, penyakit yang berkaitan dengan pulmonari dan penyakit AIDS.

12. Grace Wong, M.D. dari Genetech Research and Development Centre mengatakan bahawa peluang kemusnahan protein sel akan bertambah sejajar dengan peningkatan umur. Aktiviti radikal bebas yang terlalu banyak kuantitinya merupakan faktor utama kemusnahan sel. Wong berpendapat bahawa HGH sebenarnya mampu mengaktifkan "protease inhibitors" dalam sel dengan mengelakkan dan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. HGH bukan hanya saja dapat melindungi sel daripada kemusnahan yang dibawa oleh radikal bebas malah juga memainkan peranan memulih dan menggalakkan penumbuhan sel-sel baru dalam badan.

13. Dari 1994 sehingga 1996, Dr. Edmund Chein telah memberi rawatan HGH kepada lebih daripada 800 orang. Keputusan rawatan telah direkod dalam buku Dr. Ronald Klatz "Grow Young With HGH". Keputusan Dr. Chien berjaya membukti kepada para pakar saintis dan orang awam tentang keberkesanan dan keselamatan pengambilan HGH dalam menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan orang dewasa

14. Dr. Thierry Hertaghe dan Vince Giampapa melaporkan bahawa kajian Eropah yang terkini menunjukkan bahawa keupayaan HGH dalam melambatkan proses penuaan, mencegah dan memutarbalikkan penuaan sel-sel badan adalah jauh lebih berkesan berbanding dengan suplemen anti-oksida yang sedia ada kini.

15. Dr. Eve Van Cauter, pengkaji HGH dari Universiti Chicago Medical Center berkata: “Rawatan HGH seringkali dituju kepada orang tua yang berumur lebih daripada 65 tahun. Namun rekod menunjukkan umur pesakit yang sekian lama dianggap "orang tua" menjadi semakin muda. Di antara mereka terdapat pesakit yang berumur 40 tahun. Saya berpendapat bahawa kita mungkin perlu mempertimbangkan keperluan memberi rawatan HGH pada peringkat awai iaitu sementara badan masih mampu menghasilkan HGH dan bukannya menunggu sehingga tahap HGH yang sedikit baru mencari jalan penyelesaian.

16. Dr. Lawrence Dorman, ahli Persatuan Anti-Penuaan Amerika berkata :"HGH menghentikan proses penuaan dalam badan dan mampu memutarbalikkan masalah penuaan seperti kedutan kulit, pengumpulan lemak dalam badan, pengecutan otot, peningkatan kolestrol, kekurangan tenaga dan keupayaan seksual, masalah mental, penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf seperti penyakit Parkinson's. IGF-l atau HGH merupakan bahan yang ajaib. Ia adalah selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan sampingan.

Monday, 4 March 2013

Mesej Yang Perlu Anda Sedari



   Para pakar anti-penuaan telah memberitahu kita bahawa penuaan merupakan sejenis penyakit dan penyakit ini telah diberi nama - Sindrom Kekurangan Hormon Tumbesaran Manusia. Penuaan bukan lagi proses semula jadi tetapi boleh dicegah dan disembuhkan walaupun aktiviti perembesan hormon tumbesaran menurun; peningkatan somatostatin, atau reseptor kurang bertindak terhadap hormon tumbesaran. Tetapi kesemua ini boleh diatasi dengan pengambilan penggalak rembesan HGH untuk merangsangkan penghasilan HGH di dalam badan anda.

   Terapi hormon tumbesaran manusia bukan sahaja berkesan untuk golongan yang mengalami masalah kekurangan hormon. Seperti kata Dr. Rudman dan rakan sekerja dalam kertas kerjanya, "pada pertengahan dan akhir tahap kedewasaan, setiap orang mengalami satu siri perubahan progresif daIam penguraian badan," termasuklah kehilangan jisirn otot badan, penambahan tisu lemak, kemerosotan otot rangka, hati, buah pinggang, limpa, kulit dan tulang. "Perubahan struktur tersebut dianggap sebagai kesan penuaan yang tidak dapat dielakkan." Menurut mereka "'Pengurangan hormon tumbesaran semasa akhir kedewasaan menyumbang kepada pertukaran-pertukaran yang dinyatakan di atas.”

   Dengan kata lain, kesemuanya dikaitkan dengan penuaan - dari umur pertengahan bertukar kepada masalah pengecutan, bongkok, lemah dan badan terketar-ketar -mungkin disebabkan secara langsung atau sebahagian daripada kesan pengurangan hormon tumbesaran.

   Anda tidak perlu Iagi menunggu sehingga mencapai umur tua untuk menikmati kebaikan penggantian HGH. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk memulainya pada umur yang lebih muda apabila paras hormon yang dihasilkan oieh badan anda telah mula menurun. Dr. Eve Van Cauter, pengkaji HGH dari University of Chicago Medical Centre berkata bahawa "Semua idea yang melibatkan rawatan dengan menggunakan hormon tumbesaran telah dilakukan ke atas orang yang berumur 65 tahun ke atas. Namun rekod menunjukkan umur pesakit yang sekian lama dianggap 'orang tua' menjadi semakin muda. Di antara mereka terdapat pesakit yang berumur 40 tahun. Saya berpendapat bahawa kita mungkin perlu mempertimbangkan keperluan memberi rawatan HGH pada peringkat awal iaitu sementara badan masih mampu menghasilkan HGH dan bukannya menunggu sehingga tahap HGH pada tahap yang sedikit baru mencari penyelesaian.

Sunday, 3 March 2013

APAKAH ITU HORMON TUMBESARAN MANUSIA (HGH) ?



   Hormon Tumbesaran Manusia (HGH) juga dikenali sebagai 'Somatotrophin' yang dirembeskan oleh bahagian anterior kelenjar pituitari yang terletak pada bahagian otak. Ia merupakan salah satu hormon yang paling banyak dirembeskan untuk menggalakkan pertumbuhan sel, tulang, otot dan organ seluruh badan. Penghasilan adalah paling banyak pada waktu remaja iaitu semasa tumbesaran pesat berlaku. Jikalau kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai paras HGH yang rendah, mereka mungkin akan menjadi kerdil, manakala jika terlalu banyak puia akan menyebabkan mereka berbadan besar. Bagi orang dewasa, HGH sangat penting untuk mengekalkan tulang serta tisu yang sihat dan sebagainya.

   Perembesan harian hormon tumbesaran akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur misalnya seorang yang berumur 60 tahun mungkin hanya. berupaya merembeskan 25% daripada HGH yang dirembeskan oleh seorang yang berumur 20 tahun.

   HGH ialah salah satu hormone endokrin, seperti estrogen, progesterone, testosterone, melatonin dan DHEA, yang juga akan berkurang mengikut peningkatan umur. Kebanyakan hormon boleh digantikan untuk menghalang sebahagian kesan penuaan. HGH didapati lebih berkesan untuk menghalang penuaan biologikal, malahan juga bertindak secara signifikan untuk mengurangkan simptom dan penunjuk kepada proses penuaan.

   Pada umur 70 ke 80 tahun, hampir semua orang mengalami kekurangan hormon tumbesaran kesan daripada SDS atau Sindrom Kekurangan Somatotrophin (hormon tumbesaran).

   Antara simptom kekurangan hormon tumbesaran termasuklah :
* Kehilangan otot dan penambahan lemak
* Kemerosotan keupayaan pergerakan fizikal
* Tidak berminat dalam aktiviti sosialisasi
* Kemerosotan paras tenaga
* Kadar penyembuhan luka yang lambat
* Risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang tinggi
* Semangat terhadap hidup yang rendah

   Dengan kata lain, simptom penyakit ini dikenali sebagai penuaan. Kadar penurunan hormon tumbesaran dengan umur juga dikenali sebagai 'somatopause' yang berkaitan terus dengan kebanyakan simptom penuaan termasuklah :
* Kedutan
* Rambut beruban
* Kekurangan tenaga
* Kemerosotan keupayaan seksual
* Pengumpulan lemak badan
* Penyakit kardiovaskular
* Osteoporosis
* dan banyak lagi

   Kebanyakan symptom ini juga kelihatan pada orang dewasa yang lebih muda yang mengalami masalah kekurangan hormon tumbesaran iaitu umur biologikal orang dewasa tersebut telah melebihi umur kronologikalnya.

  Berita baik ialah melalui bukti klinikal telah menunjukkan bahawa peningkatan paras hormon tumbesaran berupaya mengembalikan ciri-ciri keremajaan iaitu memulihkan warna rambut dan mencegah keguguran rambut serta menggalak penumbuhan rambut, menambah tisu tulang, meningkatkan tenaga dan mengurangkan lemak badan secara signifikan dan faedah kesihatan yang lain.

Saturday, 2 March 2013

ASID AMINO MEMBANTU KEKALKAN KEMUDAAN ANDA



   Pada 5 Julai 1990, sebuah journal yang berwibawa berjudul 'New England Journal of Medicine' telah menerbitkan satu kajian saintifik yang menggemparkan seluruh dunia. Para pengkaji menamakan bahan ajaib ini sebagai 'The Fountain of Youth'. Dalam satu gambaran yang menyerupai tayangan video masa hadapan, penyuntikan Hormon Tumbesaran Manusia Sintetik (HGH) - sejenis cecair yang dihasilkan dengan banyak daripada kelenjar pituitari di dalam otak di kalangan golongan muda - telah memberi wajah baru kepada 12 orang lelaki yang berumur di antara 61 hingga 81 tahun iaitu daripada keadaan rapuh, lemah serta badan berlemak kepada keadaan yang lebih kuat, bermaya dan lebih muda. Daniel Rudman, MD. dan rakan sekerja dari 'Medical College of Wisconsin' telah menyatakan dalam journal bahawa penggunaan HGH selama enam bulan membawa perubahan terhadap jisim otot badan dan jisim tisu lemak. Perubahan ini adalah bersamaan dari segi magnitud selama 10-20 tahun akibat penuaanl

   Sehingga kini, hormon tumbesaran hanya boleh diperolehi dalam bentuk suntikan yang sangat mahal dan susah digunakan. Namun, penggunaannya masih terbatas kerana risau akan kesan sampingan akibat suntikan ubat dalarn jangka masa yang panjang.

   'Secretagogues' merupakan penghasil HGH semula jadi. Nutrien tersebut diguna untuk merangsang kelenjar pituitari supaya merembeskan hormon tumbesaran sendiri. Para saintis mendapati bahawa apabila umur kita semakin meningkat, HGH masih dihasilkan tetapi paras tisu menurun kerana kelenjar pituitari tidak menghasilkannya. 


HGH dalam badan remaja berbanding dengan terapi HGH yang lain. Oleh itu, keberkesanannya lebih nyata dan kesan sampingan adalah minima.

   Dalam proses yang dikenali 'stacking' iaitu membekalkan nutrien yang betul pada kadar yang diperlukan dan diambil pada masa yang bersesuaian, anda boleh memperolehi kesan optima tanpa menggunakan bahan sintetik dan jarum. Kombinasi dengan manipulasi program pemakanan dan senaman yang menggalakkan penghasilan HGH akan menghasilkan keputusan yang lebih berkesan. Di antara penghasil HGH ialah asid amino dan paling penting adalah L-Arginine, L-Lysine, LOrnithine dan L-Glutamine.

  Asid amino memainkan peranan penting untuk mengekalkan paras HGH seperti waktu remaja, membantu memperlahankan proses penuaan dan berupaya memutar kembali sebahagian simptom penuaan. Pakar perubatan telah menunjukkannya dalam beberapa kajian:

  "Dengan menambahkan pemakanan anda dengan asid amino dan vitamin untuk merangsang pembebasan Hormon Tumbesaran, penghasilannya boleh dikembalikan seperti pada waktu muda."

  "Penghasil HGH yang penting ialah asid amino seperti Ornithine, Arginine, Tryptophan, glycine dan Tyrosine yang berfungsi secara sinergi (lebih berkesan secara gabungan berbanding secara individu) dengan Vitamin B6, Niacinamide, Zink, Kalsium, Magnesium, Kalium dan Vitamin C untuk mencetuskan penghasilan hormon tumbesaran pada waktu malam. Perembesan maksima hormon tumbesaran adalah pada waktu 90 minit selepas kita tidur."

“Ornithine dan Arginine boleh membantu anda melangsing dan membentuk badan semasa anda tidur.” “Vitamin Bible” 1999 oleh Earl Mindell, R.Ph., Ph.D.

  "Banyak kajian menunjukkan bahawa L-Arginine boleh membantu menyembuhkan luka akibat kebakaran dan kecederaan, menyekat pertumbuhan tumor dengan menghasilkan lebih banyak sel pembunuh semula jadi (sel imunisasi yang penting) dan bahan lain yang menghalang pertumbuhan tumor serta membantu ketidaksuburan lelaki. Cecair semen mengandungi sebanyak 50% L-arginine. Beberapa kajian telah mengaitkan bilangan sperma yang sedikit dengan kekurangan asid amino yang penting ini."
'Anti-Aging Bible' 1996 oleh Earl Mindell, R.Ph., PhD.

  "Sebilangan asid amino terbukti dapat merangsang perembesan hormon tumbesaran. Bagi kebanyakan orang, makanan tambahan yang mengandungi asid amino adalah mencukupi untuk meningkatkan paras hormon tumbesaran dan adalah bebas daripada kesan sampingan."
'Grow Young With HGH' 1998 oleh Dr. RonaId Klatz, Presiden, Akademi Perubatan Anti-Penuaan Amerika.
 

Friday, 1 March 2013

ASID AMINO, APAKAH KEPENTINGANNYA TERHADAP BADAN KITA?


   Asid amino merupakan 'blok pembinaan' yang berfungsi sebagai asas kepada pembentukan protein. Protein tidak boleh hadir tanpa gabungan asid-asid amino yang sesuai. Untuk memahami kepentingan asid amino, anda mesti mengetahui keperluan protein dalam kehidupan kita. Protein berperanan untuk membekal struktur kepada semua organisma bernyawa. Setiap organisma tidak kira haiwan terbesar ataupun mikroorganisma unisel adalah dibentuk daripada protein. Dalam apa jua bentuk pun, protein tetap memainkan peranan penting dalam proses kimia untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan.

   Bahan~bahan protein berfungsi membina otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut dan cecair badan (kecuali hempedu dan urin) dalam badan manusia. Protein adalah penting untuk pertumbuhan tulang, pembentukan enzim, hormon dan gen. Selain daripada air, protein merupakan penyumbang kedua banyak kepada berat badan kita. 75% daripada berat pepejal badan adalah binaan protein dan bahan asid amino. Inilah sebab kenapa memenuhi keperluan protein dalam badan kita adalah sangat penting untuk membina badan yang sihat.

   Kehadiran asid-asid amino tertentu adalah wajib untuk membentuk protein yang lengkap. Asid-asid amino mungkin diikat sehingga jumlah yang tidak terbatas untuk membentuk lebih daripada 50,000 protein yang berbeza dan 20,000 enzim yang diketahui. Oleh sebab setiap jenis protein terdiri daripada asid-asid amino yang berbeza, setiap satu mempunyai ikatan yang spesifik untuk fungsi tertentu dan tidak boleh saling bertukaran._Asid_amino mengandungi lebih kurang 16% Nitrogen. Kandungan ini membezakan protein daripada karbohidrat dan lemak.

   Sistem saraf pusat tidak boleh berfungsi tanpa asid amino yang bertindak sebagai 'neurotransmitter' atau sebagai penanda kepada 'neurotransmitter'. Mereka diperlukan untuk membolehkan otak menerima dan menghantar isyarat. Penghantaran isyarat boleh berlaku kesalahan jika kesemua asid amino tidak hadir bersama. Satu hidangan yang tinggi kandungan protein boleh meningkatkan kepekaan buat sementara waktu.


   Terdapat lebih kurang 29 jenis asid amino yang diketahui dapat membentuk beratus-ratus jenis protein yang hadir dalam organisma bernyawa. Dalam badan manusia, hati menghasilkan kira-kira 80% asid amino yang kita perlukan. 20% lagi harus diperolehi daripada sumber luaran. Asid amino yang perlu diperolehi daripada makanan dikenali sebagai Asid Amino Essential. Asid Amino Essential yang memasuki badan melalui pemakanan adalah Arginine, Histidine Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine, Tryptophan dan Valine. Asid Amino Non-essential ialah asid amino yang boleh dihasilkan oleh badan melalui sumber lain iaitu AIanine, Aspartic acid, Asparagine, Glutamic acid, Glutamine, Glycine, Proline dan Serine.

   Hampir semua asid amino (kecuali Glycine) boleh wujud dalam 2 bentuk yang saling bertentangan seperti imej pada cermin. Ini dikenali sebagai siri D- dan L-. Oleh kerana asid amino dalam siri L- adalah sama dengan bentuk semula jadi seperti asid amino yang dijumpai dalam tisu tumbuhan atau haiwan hidup, maka mereka dianggap lebih sesuai untuk proses biokimia manusia. Semua asid amino yang membentuk protein adalah jenis konfigurasi L-, kecuali Phenylaianine yang juga boleh wujud sebagai DL-phenyialanine.

   Penghimpunan asid amino untuk membentuk protein atau pemecahan protein kepada asid amino individu untuk kegunaan badan adalah proses yang berterusan. Apabila kita memerlukan protein Enzim, badan akan menghasilkan lebih protein enzim. Apabila.kita perlukan lebih banyak sel, badan menghasilkan lebih banyak protein untuk membina sel
 
   Protein yang berbeza akan dihasilkan mengikut keperluan badan. Apabila badan kehabisan simpanan Asid Amino Essential, ia tidak berupaya menghasilkan protein yang memerlukan asid amino tersebut. Kekurangan protein boleh membawa kesan kepada pembentukan beberapa jenis penyakit.

   Bagaimanakah kekurangan zat boleh berlaku? Jikalau pemakanan adalah tidak seimbang iaitu tidak mengandungi kandungan Asid Amine Essential yang mencukupi, penyakit fizikal akan terjadi. Simptom lain akan wujud sekiranya individu mengalami masalah kekurangan zat protein yang disebabkan oleh ketidak-keupayaan untuk mencernakan makanan dengan sempurna. Untuk mengelakkan masalah tersebut, kita boleh mengamalkan tabiat pemakaman yang seimbang atau mengambil makanan tambahan yang mengandungi Asid Amino Essential.

   Tambahan pula, asid amino juga membolehkan vitamin dan mineral memainkan peranan mereka dengan baik. Walaupun vitamin dan mineral diserap dan diasimilasikan dengan kerap, kedua-duanya tidak akan berkesan tanpa kehadiran asid amino.