ASID AMINO MEMBANTU
KEKALKAN KEMUDAAN ANDA
Pada 5 Julai 1990, sebuah journal yang berwibawa berjudul
'New England Journal of Medicine' telah menerbitkan satu kajian saintifik yang
menggemparkan seluruh dunia. Para pengkaji
menamakan bahan ajaib ini sebagai 'The Fountain of Youth'. Dalam satu gambaran
yang menyerupai tayangan video masa hadapan, penyuntikan Hormon Tumbesaran
Manusia Sintetik (HGH) - sejenis cecair yang dihasilkan dengan banyak daripada
kelenjar pituitari di dalam otak di kalangan golongan muda - telah memberi
wajah baru kepada 12 orang lelaki yang berumur di antara 61 hingga 81 tahun
iaitu daripada keadaan rapuh, lemah serta badan berlemak kepada keadaan yang
lebih kuat, bermaya dan lebih muda. Daniel Rudman, MD. dan rakan sekerja dari
'Medical College of Wisconsin' telah menyatakan dalam journal bahawa penggunaan
HGH selama enam bulan membawa perubahan terhadap jisim otot badan dan jisim
tisu lemak. Perubahan ini adalah bersamaan dari segi magnitud selama
10-20 tahun akibat penuaanl
Sehingga kini,
hormon tumbesaran hanya boleh diperolehi dalam bentuk suntikan yang sangat
mahal dan susah digunakan. Namun, penggunaannya masih terbatas kerana risau
akan kesan sampingan akibat suntikan ubat dalarn jangka masa yang panjang.
'Secretagogues' merupakan penghasil HGH
semula jadi. Nutrien tersebut diguna untuk merangsang kelenjar pituitari supaya
merembeskan hormon tumbesaran sendiri. Para saintis mendapati bahawa apabila
umur kita semakin meningkat, HGH masih dihasilkan tetapi paras tisu menurun
kerana kelenjar pituitari tidak menghasilkannya.
HGH dalam badan remaja berbanding
dengan terapi HGH yang lain. Oleh itu, keberkesanannya lebih nyata dan kesan
sampingan adalah minima.
Dalam proses
yang dikenali 'stacking' iaitu membekalkan nutrien yang betul pada kadar yang
diperlukan dan diambil pada masa yang bersesuaian, anda boleh memperolehi kesan
optima tanpa menggunakan bahan sintetik dan jarum. Kombinasi dengan manipulasi
program pemakanan dan senaman yang menggalakkan penghasilan HGH akan
menghasilkan keputusan yang lebih berkesan. Di antara penghasil HGH ialah asid
amino dan paling penting adalah L-Arginine, L-Lysine, LOrnithine dan
L-Glutamine.
Asid amino memainkan peranan penting untuk mengekalkan paras
HGH seperti waktu remaja, membantu memperlahankan proses penuaan dan berupaya
memutar kembali sebahagian simptom penuaan. Pakar perubatan telah
menunjukkannya dalam beberapa kajian:
"Dengan menambahkan pemakanan
anda dengan asid amino dan vitamin untuk merangsang pembebasan Hormon
Tumbesaran, penghasilannya boleh dikembalikan seperti pada waktu muda."
"Penghasil HGH yang penting
ialah asid amino seperti Ornithine, Arginine, Tryptophan, glycine dan Tyrosine
yang berfungsi secara sinergi (lebih berkesan secara gabungan berbanding secara
individu) dengan Vitamin B6, Niacinamide, Zink, Kalsium, Magnesium, Kalium dan
Vitamin C untuk mencetuskan penghasilan hormon tumbesaran pada waktu malam.
Perembesan maksima hormon tumbesaran adalah pada waktu 90 minit selepas kita
tidur."
“Ornithine dan
Arginine boleh membantu anda melangsing dan membentuk badan semasa anda tidur.” “Vitamin Bible” 1999 oleh Earl Mindell, R.Ph., Ph.D.
"Banyak kajian menunjukkan
bahawa L-Arginine boleh membantu menyembuhkan luka akibat kebakaran dan
kecederaan, menyekat pertumbuhan tumor dengan menghasilkan lebih banyak sel
pembunuh semula jadi (sel imunisasi yang penting) dan bahan lain yang
menghalang pertumbuhan tumor serta membantu ketidaksuburan lelaki. Cecair semen
mengandungi sebanyak 50% L-arginine. Beberapa kajian telah mengaitkan bilangan
sperma yang sedikit dengan kekurangan asid amino yang penting ini."
'Anti-Aging Bible' 1996
oleh Earl Mindell, R.Ph., PhD.
"Sebilangan asid amino terbukti
dapat merangsang perembesan hormon tumbesaran. Bagi kebanyakan orang, makanan
tambahan yang mengandungi asid amino adalah mencukupi untuk meningkatkan paras
hormon tumbesaran dan adalah bebas daripada kesan sampingan."
'Grow Young With HGH' 1998
oleh Dr. RonaId Klatz, Presiden, Akademi Perubatan Anti-Penuaan Amerika.
No comments:
Post a Comment