Thursday 7 March 2013

Lebih Daripada 28,000 Kajian Klinikal Di Seluruh Dunia Telah Membuktikan Kebaikan HGH



Anti-penuaan
Satu kajian klinikal yang dilakukan oleh Grace Wong MD dari Genetech Research and Development Center telah menunjukkan HGH mampu menangani masalah oksidisasi dalam badan. Ia merupakan senjata yang terunggul dalam menentang masalah penuaan. Menurut Dr. Wong, peluang kemusnahan protein sel akan bertambah sejajar dengan peningkatan umur. Aktiviti radikal bebas yang terlalu banyak kuantitinya merupakan sebab utama kemusnahan sel. Wong berpendapat bahawa HGH sebenarnya mampu mengaktifkan protease inhibitors dalam sel dengan mengelakkan dan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. HGH bukan hanya dapat melindungi sel daripada kemusnahan yang dibawa oleh radikal bebas malah juga memainkan peranan untuk memulih dan menggalakkan penumbuhan sel-sel baru dalam badan. Inilah sebabnya kita dapat mengekalkan keremajaan dan melanjutkan usia dengan HGH.
 

 
Meningkatkan Tenaga dan Fungsi Otak
HGH bukan sahaja mampu menggiatkan semula minda, malah ia juga berupaya mengubah kelakuan, paras rupa dan harapan akibat pengaruh proses penuaan. HGH meningkatkan tahap tenaga, menggalak peniduran yang nyenyak dan meningkatkan perasaan keceriaan kita. Dalam laporan yang awal sekali, kumpulan Johannsson mendapati bahawa HGH sebenarnya dapat mengubah tahap sesetengah alat pemancar neuro di dalam otak, meningkatkan tahap B-endorphin yang juga disebut sebagai pelali otak dan mengurangkan tahap dopamine yang dikaitkan dengan perasaan gelisah. Ini bersamaan dengan hasil pemberian ubat anti tekanan.

Laporan-laporan yang lain turut memaparkan bahawa HGH mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan konsentrasi serta membina keyakinan diri. HGH boleh mengembalikan ingatan dan mengimbangi emosi kita. Di dalam kajian kekurangan HGH bagi orang dewasa. Pengkaji Beianda yang diketuai oleh Dr. Jan Berend Deijiem, MD. mendapati bahawa kekurangan HGH boleh menyebabkan seseorang mengalami kekurangan memori ikonik ( kebolehan untuk memproses informasi ) , kemerosotan ingatan jangka pendek dan jangka panjang serta skil tindak balas seperti kordinasi tangan dan mata. Perlu diketahui bahawa kekurangan IGH-l mempunyai kaitan dengan kekurangan IQ dan tahap pendidikan.
  


Membina Otot
Kajian perubatan telah membuktikan bahawa tumbesaran hanya akan berlaku apabila HGH dirembeskan. HGH pasti dapat meningkatkan kesan senaman dan pembinaan otot termasuk tenaga, kekuatan otot, stamina dan kecergasan.

Dr. Danial Rudman telah menjalankan kajian klinikai "double-blind” pada sekumpulan lelaki dewasa berumur di antara 60 hingga 80 tahun dan hasil kajian ini telah dilaporkan di dalam Jurnal Kesihatan New England, keluaran 5hb Julai, 1990. Ia melaporkan peningkatan otot sebanyak 88% dalam masa 6 bulan secara purata.

Kajian yang telah dijalankan di Hospital St. Thomas, London menunjukkan peningkatan otot yang menakjubkan. Dr. L. Cass Terry, MD. mendapati bahawa HGH membawa perubahan yang menakjubkan pada komposisi lemak dan bentuk badan beliau dalam masa kurang dari dua bulan.

 


Mempertingkatkan Fungsi Seksuai .
Kekurangan daya seksualiti lelaki mempunyai kaitan langsung dengan kekurangan tahap HGH di dalam badan. Tahap HGH dan.daya seksualiti mencapai kemuncak semasa akil baligh dan kemudian menurun perlahan-lahan dan apabila mencapai umur 80 tahun, 75% lelaki tidak mampu lagi melakukan hubungan kelamin. Kajian Penuaan Lelaki di Massachusetts yang merangkumi kajian ke atas 1290 lelaki secara rawak mendapati ketidakmampuan di dalam hubungan kelamin meningkat dari 5% pada umur 40 tahun kepada 15% pada umur 79 tahun, dengan 52% lelaki yang lebih berumur mempunyai masalah mati pucuk. Di dalam analisis klinikal pertama oleh Dr. L. Cass Terry dan Dr. Edmund Chein berkenaan kesan perangsang HGH kepada 202 orang termasuk 172 lelaki ; tiga perempat daripada mereka melaporkan peningkatan potensi seksual dan kekerapan di dalam melakukan hubungan kelamin. 62% lelaki melaporkan bahawa mereka mampu melakukan hubungan kelamin pada jangka masa yang lama. Oleh kerana hasil kajian mendapati bahawa terapi HGH di dalam badan dapat meningkatkan keinginan dan fungsi seksual, maka secara kesimpulan HGH memainkan peranan yang amat penting untuk kesihatan seksual.






Erektil Disfungsi ( Mati Pucuk )
Nutrien seperti L-arginine sebagai salah satu bahan nutraseutikai yang kuat telah ditemui. Ia bertindak apabila badan menguraikannya dan menghasilkan gas ringkas iaitu Nitrik Oksida (NO). Gas ini kekal untuk beberapa saat sahaja tetapi para saintis mendapati bahawa ia adalah molekul individu yang kritikal di dalam badan. Hampir satu dekad yang lalu, ramai pengkaji membuat banyak penemuan berkaitan dengan fungsi NO. Sebahagian daripadanya menggalakkan perembesan HGH dan merangsang ereksi pada lelaki yang mengalami masalah ereksi disfungsi. Ereksi semasa kebangkitan nafsu seksual adalah hasil daripada reaksi rantaian kompleks biokimia. Sel endothelial dalam saluran darah zakar menambahkan penghasilan NO daripada arginine. Ini akan mencetuskan aliran darah ke dalam ruang cekung pada zakar. Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi tekanan ke atas zakar, mengurangkan darah mengalir keluar dan memberi kesan ereksi. Kebanyakan kes erektil disfungsi adalah dikaitkan dengan keadaan fizikal yang disebabkan oleh ketidakupayaan mekanisme arginine / NO dalam saluran'darah pada zakar.
  

 Mengurangkan Lemak Badan Dan Mempertingkatkan Otot
HGH melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh regimen pengurang berat badan lainnya : Ia menggembalikan bentuk badan semasa muda, mencairkan lemak dan membina otot. Dalam banyak kes, lemak dihapuskan serentak dengan perolehan awet muda. Kehilangan lemak yang banyak tertumpu di kawasan abdomen yang selalunya dikaitkan dengan risiko serangan jantung. Melalui kajian terkawal ke atas 24 orang dewasa yang mengalami kekurangan HGH di Hospital St. Thomas, London mendapati : mereka yang dirawat oleh terapi HGH tidak menunjukkan pengurangan berat badan. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa kadar lemak telah berkurangan sebanyak 12.5 paun dan otot-otot telah meningkat sebanyak 12.1 paun secara purata. HGH merupakan regimen pengawalan berat badan yang paling efektif. Di dalam kajian terkawal lain yang dijalankan ke atas wanita yang gemuk, HGH mengakibatkan kehilangan lemak di badan lebih dari 4.6 paun secara purata, terutamanya di sekitar abdomen. Kebanyakan program diet akan mengakibatkan pengurangan otot bersama lemak, akan tetapi dengan HGH, otot-otot meningkat pada kadar 6.6 paun. Dr. David Clemmons telah menjalankan kajian terkawal di Universiti North Carolina, Chapel Hill, beliau mendapati bahawa kombinasi rawatan HGH dan diet mampu mempercepatkan proses pelangsingan badan sebanyak 25% jika dibandingkan dengan program diet semata-mata. Dalam jangka masa 11 minggu, mereka yang telah dirawat dengan HGH telah kehilangan 30 - 32 paun. Walaupun kehilangan ini merangkumi lemak dan otot, bentuk badan mampu dikekalkan.
 



Meningkatkan Elastisiti Dan Kulit Muka Yang Gebu
Terapi HGH ibarat pembedahan muka yang terkandung di dalam botol, ia melicinkan kedut-kedut di muka, memberi elastisiti, ketebalan, membentuk serta memberi keremajaan kepada kulit. " kata Dr. Ronald Klatz, MD., Presiden Akademi Ubat-ubatan Anti-Penuaan Amerika di dalam buku beliau berjudul "Grow Young With HGH 1998.

HGH membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan, mengurangkan kedut dan meremajakan kembali kulit. Ini adalah kerana HGH membantu mengekaikan kandungan kelembapan di dalam kulit dan merangsang metabolisma - proses yang semakin lambat pada kulit yang berumur. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dr. Roy Dittrnan, MD., seorang pakar di bidang penuaan, jumlah HGH mempengaruhi keadaan kulit, mereka yang menjalani terapi HGH mungkin tidak dapat merasai perubahan dalam jangka masa yang cepat dan memerlukan lebih masa. Kesabaran adalah penting, HGH ialah hormon yang bijak dan tangkas. Ia mempunyai kebolehan di dalam mengenal pasti keperluan badan dan seterusnya tangkas berusaha memperbaikinya.
 

 
Mencegah Osteoporosis ( Kerapuhan Tulang)
Walaupun terapi HGH diberikan untuk pembinaan tulang kanak-kanak yang mengalami kekurangan HGH. tetapi ujikaji ke atas orang dewasa adalah berlainan. Dr. Daniel Rudman dalam kajiannya mendapati bahawa terapi HGH selama 6 bulan mampu meningkatkan densiti tulang pinggang sebanyak 1.6% bagi lelaki berumur lebih daripada 65 tahun tetapi tiada peningkatan pada tulang tangan dan kaki. Beberapa kumpulan melaporkan peningkatan kandungan mineral tulang.
  


Meningkatkan Densiti Tulang
Baru-baru ini. saintis dari Sweden yang diketuai oleh Dr. Gudmundur Johannson, MD. menjalankan kajian ke atas 44 orang lelaki dan Wanita berusia di antara 23 dan 66 tahun yang mengalami kekurangan HGH. Selepas 2 tahun terapi HGH diberikan, mereka telah menunjukkan peningkatan densiti tulang yang membentuk sambungan pinggang dan vertebrae di bahagian bawah tulang belikat. Kajian juga menunjukkan peningkatan kalsium yakni kalsium pengikat protein tulang yang juga dipanggil osteocalcin. Peningkatan dua jenis kolagen yang penting di dalam pembentukan tulang juga ditemui. Pengkaji-pengkaji membuat tanggapan bahawa ini telah mengurangkan kejadian keretakan tulang dan memastikan ianya berada di paras normal.
 

 Menguatkan Fungsi Jantung
Terapi HGH memperbaiki fungsi jantung dan melindungi seseorang dari serangan jantung. Ia mengurangkan lemak badan terutama di kawasan abdomen yang dikaitkan dengan kejadian serangan jantung. HGH juga memperbaiki tahap kolesterol di dalam darah, meningkatkan HDL dan mengurangkan LDL serta mengurangkan tekanan darah sebanyak 10% tanpa memberi kesan kepada tekanan sistolik. Rawatan HGH telah memutarbalikkan keadaan ketidakupayaan jantung. Di dalam kajian pada tahun 1996 yang dilaporkan di Jurnal Perubatan New Engiand, HGH telah diberikan kepada 7 orang pesakit - 5 lelaki dan 2 wanita yang mengalami sakit jantung. Ia mampu meningkatkan ketebalan dinding ventrikular sebelah kiri, meningkatkan kebolehan jantung untuk mengepam darah,mengurangkan keperluan oksigen jantung, meningkatkan kapasiti senaman dan kualiti kehidupan.
 

 Meningkatkan Fungsi Paru-paru
HGH dapat meningkatkan fungsi paru-paru dengan peningkatan kebolehan seseorang di dalam melakukan senaman, memaksimakan pengambilan oksigen serta ruang paru-paru dan pengepaman. Dr. David Clemmons, ketua Endokrinologi di Universiti Perubatan North Carolina, Chapel Hill mendapati bahawa pengambilan terapi HGH selama 3 minggu oleh pesakit yang mengalami masalah paru-paru telah menghasilkan peningkatan sebanyak 10 hingga 12 mm kuasa pernafasan secara purata. "Jika paru-paru anda bermasalah seperti pesakit-pesakit ini, peningkatan dari 25mm kepada 38mm banyak membantu." kata Dr. Clemmons yang mempercayai bahawa HGH merupakan kaedah rawatan yang baik untuk penyakit emphysema ( kesukaran bernafas ) serta masalah paru-paru yang lain.
 

 Memperkukuhkan Sistem Imunisasi
Pada tahun 1985, Dr. Keith Kelley, MD., pakar immunologi dari Universiti Illinois telah membuktikan bahawa HGH mampu membina semula kelenjar taimus (yang bertugas menghasilkan limfosit untuk membina sistem imunisasi) yang telah mengecut pada tikus dewasa sehingga memperolehi kembali bentuk semasa muda. Kajian Dr. Kelley telah disahkan oleh saintis dari Israel yang menggunakan kaedah yang sama ke atas tikus-tikus lain termasuk anjing di mana hasilnya adalah serupa. HGH meningkatkan aktiviti imunisasi seperti penghasilan antibodi yakni peningkatan di dalam penghasilan set-T dan interleukin 2, meningkatkan aktiviti limfosit dan sel-sel, merangsang macrophage (sel-sel yang mampu menghapuskan radang tisu), meningkatkan neutrophils (sejenis sel darah putih yang mampu menyerang bacteria) serta meningkatkan penghasilan sel-sel darah merah.




Menyelaraskan Paras Kolesterol

Pada tahun 1997, kajian mendapati bahawa semakin tinggi paras hormon tumbesaran manusia bagi orang dewasa yang normal, maka semakin tinggi paras kolesterol HDL (kolesterol sihat). Kolesterol HDL adalah kolesterol baik yang dapat membuang kolesterol LDL (tidak sihat) daripada dinding arteri dan membawanya ke hati untuk dibuang daripada badan. HGH telah dibuku dapat menambahkan kolesterol HDL dan merendahkan paras kolesterol LDL yang merbahaya. Oleh itu, risiko arteri tersumbat dapat dikurangkan. Kajian terhadap penyakit jantung oleh Dr. Bengtsson daripada University of Goteborg telah menunjukkan bahawa daripada 333 pesakit kekurangan hormon tumbesaran yang diuji, didapati bahawa paras kolesterol mereka adalah normal. Namun begitu, apabila kolesterol dibahagikan kepada LDL dan HDL, paras kolesterol menunjukkan perbezaan yang ketara. Pesakit kekurangan hormon tumbesaran ini mempunyai paras kolesterol LDL yang sangat tinggi dan paras kolesterol HDL yang sangat rendah. Bengtsson membuat kesimpulan bahawa penggandaan penyakit kardiovaskular di kalangan kumpulan pesakit tersebut adalah disebabkan oleh faktor paras kolesterol. Selepas 6 bulan terapi HGH dijalankan ke atas pesakit-pesakit, paras kolesterol LDL telah menurun dan kolesterol HDL telah bertambah Keadaan ini memberikan kesan yang dikehendaki.


HGH Dan Diabetes
Terdapat kebimbangan bahawa hormon tumbesaran .membawa kesan buruk kepada diabetes kerana HGH meninggikan kandungan gula dalam darah. Hormon tumbesaran menggerakkan lemak badan, memecah ikatan dan membebaskan asid lemak bebas ke dalam aliran darah. Asid-asid lemak ini adalah molekul bertenaga yang boleh digunakan oleh organ-organ badan kita. Apabila otot menggunakan asid lemak bebas sebagai sumber tenaga, mereka akan kurang menggunakan gula. Oleh yang demikian, kesan insulin akan dilawan dan kurang gula akan diekstrak daripada darah. Pada masa yang sama, hormon tumbesaran akan meningkatkan pengeluaran glukosa daripada hati ke dalam darah. Kombinasi kesan tersebut boleh menyebabkan peningkatan paras insulin dan kandungan gula dalam darah. 

Namun, masalah ini hanya timbul pada sebilangan orang yang mengamalkan pemakaman yang tinggi kandungan gula serta kanji dan kurang bersenam. Sebaliknya, kajian pada akhir-akhir ini mendapati bahawa HGH boleh membantu memperbaiki keadaan diabetes. Dr. Ronald Klatz, pengarang buku 'Grow Young With HGH 1998' telah menulis bahawa kajian yang sebelum ini yang dilakukan oleh Dr. Rudman telah menunjukkan hormon tumbesaran menyebabkan peningkatan tentangan terhadap tindakan insulin. Ini menyebabkan paras glukosa darah meningkat dan bertentangan dengan keperluan pesakit diabetes. Dr. Bengtsson menunjukkan perkara yang sama selepas rawatan terapi hormon tumbesaran dilakukan selama 6 minggu sahaja. Namun, selepas 6 bulan, beliau mendapati bahawa insulin kembali sensitif seperti sebelum rawatan dilakukan ke atas pesakit tersebut. Dengan kata lain, hormon tumbesaran tidak meningkatkan glukosa darah atau menyebabkan penyakit diabetes. 

Menurut Bengtsson, kemungkinan pemulihan komposisi badan selepas 6 bulan telah mengimbangi semua kesan negatif hormon tumbesaran ke atas insulin. Katanya juga, "Terdapat indikasi bahawa hormon tumbesaran mungkin dapat memperbaiki keadaan diabetes" Blackman yang sedang menjalankan kajian ke ataa kesan hormon tumbesaran terhadap glukosa darah di John-Hopkins berkata bahawa apabila seseorang warga tua mempunyai paras hormon tumbesaran yang rendah-,mereka didapati mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Maka tindakan insulin yang rendah menyebabkan kandungan gula darah meningkat. Sekiranya penggantian hormon diberikan secara berhati-hati dan bukannya dengan banyak, kandungan gula darah akan menjadi normal secara perlahan-lahan.